Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

31.07.2017_LAWATAN KERJA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT MAJLIS MESYUARAT NEGARA KE TAPAK INDUSTRI TERNAKAN UDANG DI SUNGAI PENYATANG, DAERAH TUTONG

Hari Isnin, 07 Zulkaedah 1438 / 31 Julai 2017

 

Rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara telah menyambungprogram lawatan kerja pada hari ini, Isnin, 31hb Julai 2017 yang mana tumpuan lawatan pada hari ini adalah untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai kemajuan peladang dan pengusaha pertanian khususnya di Mukim Gadong A dan Pengkalan Batu di Daerah Brunei Muara serta Mukim Keriam di Daerah Tutong yang dimajukan secara komersial sebagai sumber ekonomi pengusaha-pengusaha berkenaan dan seterusnya kearah mempelbagai ekonomi negara.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Yang Mulia [Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan,] serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, dan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

Lawatan rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bermula di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Tungku iaitu kawasan yang ditawarkan bagi projek pelaburan langsung asing, Request for Proposal (RFP) dan projek rintis dengan mengetengahkan teknologi tinggi dalam perladangan. 

Lawatan dimulakan di rumah hijau berteknologi tinggi yang diusahakan oleh Syarikat K.N Nursery (B) Sdn Bhdbagi pengeluaran bunga orkid, tanaman hiasan, sayur-sayuran dan tanaman herba bernilai tinggi.Ladang seluas …… hektar mula diusahakan pada tahun …….. Pada tahun 2016, syarikat ini telah menghasilkan kira-kira13,949 pohon tanaman hiasan.

 

Lawatan diteruskan ke Syarikat Sinar Tenaga Sdn Bhdyang baru sahaja mengusahakan kawasan ladang di Site A1 seluas 5 ha dan Site B seluas 40 hektar, sejak bulan ……. 2017 di Kawasan Kemajuan PertanianTungku.  Syarikat ini baru memajukan tapak-tapak berkenaan pada awal tahun ini dengan aktiviti pertanian berteknologi tinggi dan mesra alam bagi menghasilkan tanaman bernilai tinggi  seperti Golden Fruit (Abiu) dan rock melon.

Seterusnya rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dibawa melawat ke tapak semaian padi secara moden yang diusahakan oleh Syarikat ChantikaSdn Bhddi Kawasan Kemajuan Pertanian Limpaki. Syarikat berkenaan mula membekalkan semaian/benih padi pada tahun 2009 untuk mendokong  sistem tanaman padi secara mekanikasi, iaitu dengan menggunakan jentera penanaman ataupun jentanam (transplanter) di kawasan-kawasan padi yang mempunyai sistem pengairan terutama di Mukim Pengkalan Batu.  Dengan adanya tray semaian padi berkenaan, akan  memudahkan penanamandengan cepat dan effisen berbanding dengan penanaman padi secara manual/tradisi.(any available data …. Jumlah benih dikeluarkan 2015 dan 2016??)

Untuk mengetahui proses pengisaran padi tempatan, rombongan telah dibawa melawat ke Pusat Pemprosesan Padi dan BerasdiKawasan Kemajuan Pertanian Wasan.  Bagi menampung peningkatan pengeluaran hasil padi di Negara Brunei Darussalam yang telah meningkat sejak tahun 2009, kemudahan pengurusan lepas tuai dan pemprosesan padi untuk menjadi beras telah dinaiktaraf dengan mesin pengisar padi (rice milling) baru pada tahun 2014.  Mesin pengisar padi berteknologi tinggi ini berkapasiti untuk mengisar padi dengan kadar 3.5 tan metrik/jam dan berpotensi untuk mengeluarkan sebanyak 5,800 MT beras setahun.Pada tahun 2015, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah memproses sejumlah …….. tan metrik beras, manakala pada tahun 2016, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah memproses sejumlah 705 tan metrik beras dan 487 tan metrik pada bulan Januari hingga Julai 2017.  Beras hasil ladang tempatan dipasarkan melalui pasaraya tempatan seperti Soon Lee Mega Mart, Hua Ho Department Store, Giant TMC (B) Sdn Bhd dan First Emporium & Supermarket.  Sementara Guanin Company telah dilantik untuk memasarkan beras ke kedai-kedai runcit di seluruh negara dan Nadi Utama Mini Mart dilantik untuk memasarkan beras tempatan yang diproses ke Daerah Temburong.

Rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara seterusnya dibawa meninjau perkembangan tanaman padi di Kawasan Kemajuan Pertanian Wasan dan sekitarnya. Penanaman varieti padi hasil tinggi (high yielding variety) iaitu Padi Lailamula dikenalkan kepada peladang sejak tahun 2009, sementara skim penanaman padi 2 kali setahun menggunakan mekanisasi secara optima telah dapat dilaksanakan di Kawasan Kemajuan Pertanian Wasan setelah sistem pengairan dan saliran siap dibinapada tahun 2011.  Pada masa ini pengusaha-pengusaha ladang padi di Kawasan Kemajuan Pertanian Wasan sedang giat menanam varieti padi Laila dan MRQ 76.  Pada tahun 2016, Koperasi Setia Kawan (KOSEKA) telah mengusahakan  kawasan seluas kira-kira 188 hektar dan berupaya menghasilkan lebih 614 tan metric, sementara kumpulan Majlis Perundingan Mukim (MPM) Pengkalan Batu telah mengusahakan kawasan seluas lebih dari 59 hektar dan berupaya menghasilkan kira-kira 217 tan meterik padi. ( any data on 2015)

Untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi dengan kemajuan industri ternakan berteknologi tinggi di negara ini, rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara seterusnya dibawa melawat ke Syarikat Maya Breeder Farm, di Kawasan Kemajuan Pertanian Sungai Tajau. Syarikat berkenaan telah bergiat mengusahakan ternakan ayam pedaging sejak tahun 1996.  Dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti ladang yang lebih tinggi lagi, syarikat berkenaan telah beralih daripada sistem pemeliharaan secara konvensenal kepada sistem pemeliharaan yang teknologi tinggi dengan menggunakan reban tertutup dan bertingkat pada tahun 2006.  Penghasilan ayam pedaging dari syarikat berkenaan telah meningkat kepada 459,639 ekor pada tahun 2016 berbanding 334,953 ekor pada 2015; iaitu peningkatan sebanyak 37.22%.Dengan suhu reban yang terkawal dan pengawalan penyakit yang lebih baik, sistem pemeliharaan tersebutdapat menjamin penghasilan daging-daging ayam yang berkualitidi negara ini.

Rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara seterusnya dibawa meninjau kemajuan lading-ladang pertanian di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Sinaut, Daerah Tutong. Lawatan ditumpukan kepada Syarikat Eco Nadi Agrobiz yang telah ditawarkan sebuah kawasan seluas 4.40 hektar bagi mengendalikan projek rintis menghasilkan tanaman sayur-sayuran secara komersial. Syarikat ini telah mengusahakan tanaman cili secara sistem fertigasi sejak bulanNovember 2016. Syarikat ini telah berjaya mengeluarkan hasil tuaian cili merah sebanyak kira-kira 2,295 kilogram dan 167kilogramcili padi pada bulan Mac hingga Mei 2017.Penghasilan tanaman menggunakan teknologi tinggi akan dapat meningkatkan keluaran hasil pertanian kearahmempelbagai ekonomi negara dan seterusnya potensi bagi pasaran eksport.

Lawatan diteruskan lagi ke tapak industri ternakan udang di kawasan Sungai Penyatang, Daerah Tutong, yang diusahakan oleh Syarikat Golden Corporation Sdn Bhd.  Ladang seluas 200 hektar ini dijangkakan akan dapat menghasilkan 7,350 tan metrik udang setahun bernilai kira-kira $62 juta menjelang tahun 2020 nanti dengan menghasilkan sendiri benih udang jenis Rostris. Pada tahun 2015, syarikat ini telah mengusahakan seluas 25  hektar di Tapak Ternakan Udang Sungai Paku dan menghasilkan sejumlah 145 tan metrik udang. Walaubagaimanapun penghasilan menurun pada tahun 2016 kepada 133 tan metrik disebabkan kerosakan sistem bekalan air laut. Sasaran penghasilan udang syarikat ini pada tahun 2017 adalah berjumlah 1,304 metrik tan dari semua kawasan ternakan udang mereka.

Syarikat ini juga mengusahakan kilang makanan ikan (fish meal), penetasan dan penghasilan induk udang, kolam-kolam ternakan, kilang pemprosesan makanan laut (seafood processing) secara berintegrasi dan seterusnya memasarkannya sendiri di pasaran tempatan dan juga eksport. Syarikat ini telah berjaya membuat pengeksportan ke negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Taiwan, dan negara-negara ASEAN, dan pada masa yang sama Syarikat ini juga telah diluluskan atau mendapat pengikhtirafan untuk mengeksport hasil-hasil keluarannya ke pasaran Eropah. Lawatan pada hari ini berakhir di Tapak Industri di Serambangun, Daerah Tutong yang mana Syarikat Golden Corporation Sdn Bhd juga mempunyai kilang pemprosesan makanan laut seluas 2.5 hektar yang menghasilkan udang dan ikan beku, surimi dan makanan ikan dan udang. Kilang syarikat ini telah diakreditasi oleh beberapa badan termasuklah Brunei HALAL, ECOCERT, HACCP, China Organic, ISO 22000 dan sebagainya. Pada tahun 2015, kilang syarikat ini telah dapat mengeluarkan kira-kira 3,552 tan metrik makanan laut termasuklah makanan ikan dan udang, manakala pada tahun 2016, penghasihan kilang syarikat menurun kepada 2,223 tan metrik disebabkan menurunya penghasilan surimi dan makanan ikan dan udang. Sasaran penghasilan kilang ini bagi tahun 2017 adalah 7,343 tan metrik dan kilang syarikat ini dijangka akan dapat menghasilkan sejumlah 16,685 tan metrik makanan laut menjelang tahun 2020 nanti.

Di keluarkan oleh:

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan; dan Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Attachments