Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

03_11_2019_PESTA JUALAN HASIL PERTANIAN, PERIKANAN DAN AGRIMAKANAN SEMPENA HARI PELADANG, PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN (HPPPN) 2019

​Ahad, 06 Rabiulawal 1441 bersamaan 03 November 2019 Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saiffudien, Bandar Seri Begawan Majlis Perasmian Pesta Jualan Hasil Pertanian, Perikanan dan Agrimakanan, bersempena dengan Hari Peladang Petani Penternak dan Nelayan yang jatuh pada setiap 01hb. November telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri SumberSumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam pada hari Ahad, 3hb. November 2019, bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Majlis Perasmian dimulakan dengan pemotongan reben dan pelepasan belon-belon kecil serta menaikkan belon rasmi HPPPN 2019 oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Pesta ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan selama satu hari. Pesta Jualan Hasil Pertanian, Perikanan dan Agrimakanan ini membawa tema ‘Utamakan Hasil Pertanian dan Perikanan Kitani’, yang mana selaras dengan salah satu matlamat strategik kementerian iaitu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan perikanan tempatan dalam mendokong hasrat Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk mempelbagaikan ekonomi Negara dan seterusnya meningkatkan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

Pesta ini juga menawarkan jualan produk pertanian, perikanan dan agrimakanan termasuk jualan bahan input pertanian untuk kunjungan orang ramai. Di antara aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa Pesta ini juga termasuk pameran dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Perikanan yang mempamerkan projek-projek yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan berkenaan dan juga mengenai khidmat dokongan dan nasihat pertanian, perikanan dan agrimakanan kepada peladang, petani, penternak, nelayan dan pengusaha makanan serta orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. 

​Jabatan Perikanan

Brunei Darussalam

Attachments