Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

22_12_2020_MAJLIS PENANDATANGANAN PERJANJIAN BAGI PROJEK “TO DESIGN, BUILD, OPERATE AND MAINTAIN FOR THE MODERNISATION AND REDEVELOPMENT OF THE MUARA FISH LANDING COMPLEX IN BRUNEI DARUSSALAM” ANTARA JABATAN PERIKANAN DAN MUARA PORT COMPANY SDN. BHD.

Selasa, 22 Disember 2020 Satu majlis penandatanganan Perjanjian bagi projek "Merekabentuk, Membangun, Mengendalikan dan Memelihara, Kompleks Pendaratan Ikan Muara, Negara Brunei Darussalam" antara Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, dan Syarikat Muara Port Sdn. Bhd. (MPC), telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Indera Samudra, The Empire Brunei, Jerudong. Tetamu-Tetamu khas yang hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan, dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Info-Komunikasi. Puan Yang Terutama Puan Yu Hong, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam juga hadir pada majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Mohd Fazilah bin Haji Mohd Yassin, Ketua Pegawai Operasi, Muara Port Company Sdn. Bhd. dan diikuti dengan tayangan video pendek mengenai projek yang akan dilaksanakan nanti. Menandatangani Perjanjian bagi pihak Jabatan Perikanan ialah Yang Mulia Dayang Noraini binti Haji Anggas, Pemangku Pengarah Perikanan, sementara bagi pihak Muara Port Company Sdn. Bhd. ialah Yang Mulia Mr. Lyu Guoli, Ketua Pegawai Kewangan. Menyaksikan penandatanganan Perjanjian ialah Yang Mulia Awang Abdul Halidi bin Mohd Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, dan Yang Mulia Mr. Zeng Caili, Ketua Pegawai Eksekutif, Muara Port Company Sdn. Bhd.

Muara Port Company Sdn. Bhd. adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan yang dimiliki bersama oleh Beibu Gulf Holding (Hong Kong) Co. Limited, dari Republik Rakyat China, dan Darussalam Assets Sdn. Bhd., Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Pemilihan Muara Port Company Sdn. Bhd., adalah setelah melalui proses tawaran secara terbuka pada awal tahun ini.

 Muara Port Company Sdn. Bhd. akan membangunkan kemudahan yang moden dan berteknologi tinggi untuk memastikan perkhidmatan Kompleks Pendaratan Ikan yang berkualiti tinggi dan mesra alam. Pemodenan Kompleks ini akan memperkenalkan peralatan terminal modern bagi kerja kerja pemunggahan hasil dari tangkapan ikan dan hasil dari peliharaan ikan dalam sangkar, dan juga kecekapan bagi memuatkan dan memunggah bekalan asasi keatas kapal kapal penangkap ikan yang akan hendak pergi ke laut. Selain itu Syarikat yang dipilih ini juga akan menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien kepada aktiviti-aktiviti pemprosesan ikan yang sedang dan akan beroperasi dikawasan kompleks berkenaan.

 Projek Kerjasama Awam Swasta ini akan memberi manfaat yang antara lain seperti berikut:

  1. Meningkatkan kelancaran dan keselamatan navigasi semasa kapal keluar, masuk dan merapat di jeti pendaratan ikan;

     
  2. Meningkatkan kapasiti jumlah kapal untuk bertambat di jeti pendaratan ikan yang mana jumlah kapal dijangka akan terus meningkat;
     
  3. Memperbaiki kelancaran aliran produk (product flow efficiency) dan kebersihannya dari pendaratan hingga ke kilang pemprosesan, bagi mempastikan produk-produk dari perusahaan kapal menangkap ikan komersil dan perusahaan ternakan ikan dalam sangkar di luar dan di persisiran pantai, mematuhi pengawalan kualiti dan keselamatan makanan seperti yang dipersyaratkan oleh undang-undang tempatan dan negara pengimport termasuk keperluan bagi memasuki pasaran Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (USA), Australia, Republik Rakyat China dan Jepun;
     
  4. Menjadikan kawasan Kompleks Pendaratan Ikan Muara sebagai sebuah persekitaran kerja yang selamat (safe working environment) untuk semua pekerja, kakitangan dan pengguna; dan
     
  5. Projek ini juga akan menjana lebih 200 peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan bagi mengisikan jawatan-jawatan seperti pengurus / pekerja kilang, pengawas jeti kompleks, pegawai penyelenggara (maintenance), pembantu teknik, jurujual, pekerja pembantu, pemandu, pembersih, pengawal premis, penjaga stor dan sebagainya.
     
    Pada fasa pertama Muara Port Company Sdn. Bhd. akan menyuntik sejumlah lebih $14 juta pelaburan ke dalam projek ini dan akan membantu meningkatkan pengeluaran industri perikanan negara menjelang tahun 2035, dan ianya juga setentunya akan meningkatkan sumbangan eksport perikanan kepada ekonomi negara.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka, Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Timbalan Menteri (Ekonomi) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri, Kementerian Tenaga, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berkenaan.


Tarikh : 20 Disember 2020

 Disediakan oleh :

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan


Attachments