Sabtu, 24 Julai 2021 – Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta JabatanJabatan di bawahnya petang tadi telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Kementerian
Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun
1442H/ 2021M bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan
Pelancongan.
Majlis pada tahun ini dikendalikan oleh Jabatan Perikanan.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut bagi menyempurnakan pengagihan
daging-daging korban ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong,
Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap;
Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan; pegawai-pegawai kanan; para
pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta JabatanJabatan di bawahnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa. Majlis diteruskan dengan Ceramah
Khas Sempena Majlis Ibadah Korban 1442H bertajuk “Penghayatan Ibadah Korban” yang
disampaikan oleh Yang Mulia Awang Hilman bin Haji Salim, Pengarah Pusat Kajian Fiqh AlUsrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Pada majlis tersebut, sebanyak dua (2) ekor kerbau telah dikorbankan yang seterusnya
diagihkan kepada 50 orang penerima yang terdiri daripada kakitangan Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Daging korban tersebut juga turut diagih-agihkan kepada seramai 56 orang penerima yang
terdiri daripada penduduk Kampung Serasa, Mukim Serasa, Dearah Brunei dan Muara dengan
penghantaran terus ke rumah kediaman penerima oleh pihak Jabatan Perikanan.
Majlis Korban ini diadakan setiap tahun sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat kurniaan
Allah Subhanahu Wata'ala, di samping itu untuk memupuk nilai persaudaraan dan ukhuwah
Islamiah dengan saling bantu membantu antara satu sama yang lain.