Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

03.11.2022_MAJLIS PEMBUKAAN RASMI MINI EKSPO HARI PELADANG, PETANI, PENTERANK DAN NELAYAN 2022​

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Perikanan telah mengadakan Majlis Perasmian Mini Ekspo Hari Peladang, Petani, Peternak dan Nelayan (HPPPN) kali ke 12 bagi tahun 2022 pada hari Khamis, 08 Rabiulakhir 1444H bersamaan 03 November 2022M bertempat di Dewan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan seterusnya penyampaian hadiah Anugerah Khas bagi para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat pada Majlis berkenaan iaitu Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya. Juga dijemput hadir ialah para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan serta para Pengusaha Agrimakanan di seluruh Negara. Majlis Perasmian ini adalah penyampaian Anugerah Khas untuk mengenang jasa dan usaha serta sumbangan yang telah diberikan oleh para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan dalam menjana pembangunan ekonomi Negara amnya dan khususnya dalam Sektor Pertanian dan Perikanan. Pertandingan juga dibukakan kepada orang awam bagi menarik minat dan memperkembangkan Industri Pertanian dan Perikanan.

Di antara pertandingan-pertandingan yang diadakan adalah Kategori Tanaman iaitu Sayur, Buah, pelbagai tanaman dan Florikultur (bunga hiasan) dan Kategori Komoditi iaitu Keropok Udang tempatan dan ikan hiasan spesies betta. Sambutan Majlis Perasmian Mini Eskpo Hari Peladang, petani, Penternak dan Nelayan 1444H/2022M Mukasurat 2/2 Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan kali ke 12 ini juga diadakan bagi memberikan pengiktirafan ke atas usaha-usaha dan sumbangan para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan dalam menyumbang kepada peningkatan ekonomi Negara dan sebagai penjana makanan Negara. Tema sambutan pada tahun ini memberi tumpuan kepada meningkatkan pengeluaran tempatan melalui produk tambah nilai iaitu “Memperkasa Produk Tambah Nilai, Pemacu Ekonomi Negara”. Ini adalah bagi menghayati tema berkenaan dalam mengambil kira keperluan makanan Negara adalah terjamin dengan adanya usaha-usaha pengeluaran makanan tempatan. Sambutan tersebut diikuti dengan acara pameran oleh agensi-agensi berkenaan yang berkerjasama dan mendukung Sektor Pertanian serta Sektor Perikanan. Selain tu, jualan produk pertanian, perikanan dan agrimakanan oleh para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan serta Pengusaha Agrimakanan dari ke empat-empat daerah turut diadakan semasa acara tersebut. 

Sepanjang acara ini diadakan beberapa program dan aktiviti juga dijalankan seperti seminar yang disampaikan oleh pengusaha-pengusaha Pertanian dan Perikanan, Business Matching dari beberapa buah syarikat yang dijemput serta memperagakan (demonstrasi) Produk Pertanian dan Perikanan seperti pembuatan keropok udang, keropok lekor dan telur masin. Seramai Empat-puluh-lapan (48) pengusaha dan peladang menyertai petak jualan yang terdiri daripada Duapuluh-lapan (28) pengusaha daripada Industri Tanaman, Lapan-belas (18) daripada Industri Agrimakanan dan Dua (2) syarikat daripada Industri Ternakan. Manakala penjualan produk hasil-hasil Industri Perikanan pula disertai oleh seramai Satu (1) pengusaha dari Industri Tangkapan Ikan, seramai Tiga (3) pengusaha dari Industri Akuakultur dan Tujuh-belas (17) pengusaha dari Industri Pemprosesan Makanan Laut.

​Disediakan oleh: Jabatan Perikanan & Jabatan Pertanian dan Agrimakanan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan​

Attachments