Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Perikanan dengan
kerjasama Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) dan Universiti Brunei
Darussalam (UBD) telahpun menganjurkan simposium bertajuk Sustaining Marine Biodiversity
Through Blue Economy Symposium 2023 bersempena Brunei Mid-Year Conference and
Exhibition 2023 (MYCE 2023), selama tiga hari bermula pada hari Selasa, 06 Jun 2023 sehingga
hari Khamis, 08 Jun 2023, bertempat di Pusat Kesenian Pro Canselor, Universiti Brunei
Darussalam (UBD).
2. Simposium ini turut disokong oleh pihak Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei
Darussalam, Suruhanjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam, Suruhanjaya Tinggi
Kanada di Negara Brunei Darussalam dan agensi-agensi dari dalam dan luar negara iaitu Bank
Islam Brunei Darussalam (BIBD), Food and Agriculture Organization of United Nations (FAO),
Australian Institute of Marine Science (AIMS), Australian National Centre for Ocean Resources
and Security (ANCORS), International Monitoring Control and Surveillance Network (IMCS) dan
juga Conservation International yang kedua-duanya berpengkalan di Amerika Syarikat, Centre
for Environment, Fisheries & Aquaculture Science (CEFAS), United Kingdom serta Reef Check
Brunei dan Poni Divers Brunei.
3. Hadir selaku Tetamu Kehormat simposium berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr.
Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Simposium tersebut didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah dan dimulakan dengan ucapan
alu-aluan daripada Yang Mulia Dr. Hazri bin Haji Kifle, Naib Canselor Universiti Brunei
Darussalam dan diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Yang Mulia Hajah Tutiaty binti Haji
Abdul Wahab, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
4. Ucapan pertama (Keynote speech) simposium ini telah dibentangkan oleh ahli panel luar negara, Ms.
Malinee Smithrithee, Secretary-General of Southeast Asian Fisheries Development Center
(SEAFDEC) dan Dr. Camille Goodman, Senior Lecturer and Head of Postgraduate Studies,
Australian National Centre for Ocean Resources and Security (ANCORS), University of
Wollongong, Australia. Ahli-ahli panel dan peserta dari dalam dan luar negara termasuk agensiagensi yang berkaitan dengan sumber marin juga akan turut menyertai simposium tersebut.
5. Tema bagi symposium ini adalah “Blue Economy: Rainforest of the Sea”. Ekonomi biru (Blue
Economy) telah dikenal pasti sebagai strategi utama untuk mengekalkan biodiversiti marin. Nilai
teras ekonomi biru terletak pada keseimbangan antara mengekalkan ekosistem marin yang sihat
dan memastikan manfaat ekonomi dapat diraih daripada sumber persisiran pantai dan marin
untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.
6. Penganjuran simposium kali ini menggabungkan para saintis, ahli akademik, pendidik,
pemimpin-pemimpin industri, pengurus, ahli alam sekitar dan pihak berkepentingan lain untuk
berkongsi dan bertukar pengetahuan serta kepakaran dalam bidang biologi marin, ekologi,
pengurusan dan pemuliharaan marin. Program simposium ini juga merangkumi aktiviti
menyelam bagi meneroka terumbu karang tropika di perairan Brunei iaitu Rig Reefs dan Pelong
Rocks serta lawatan ke Bandar Seri Begawan, ibu negara Negara Brunei Darussalam.
7. Aktiviti bagi simposium ini dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi pertama dengan tajuk “Blue
Economy: Balancing Economic Growth with Marine Conservation”, sesi kedua bertajuk “Marine
Biodiversity: Importance, Threats and Conservation; dan sesi ketiga dengan tajuk “Sustainable
Fisheries and Aquaculture: Enhancing Marine Biodiversity and Economic Development”.
8. Maklumat lanjut mengenai Sustaining Marine Biodiversity Through Blue Economy Symposium
2023 bolehlah diperolehi melalui laman sesawang rasmi Jabatan Perikanan di
https://www.fisheries.gov.bn dan media sosial Instagram @Jabatanperikanan.bn.