Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

4.11.2023_MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH HARI PELADANG, PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN KALI KE-13 BAGI TAHUN 2023

​1. Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Perikanan telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan (HPPPN) kali ke 13 bagi tahun 2023 pada hari Sabtu, 20 Rabiulakhir 1445H bersamaan 04 November 2023M bertempat di Dewan Simpur, Pusat Agribisnes, Rimba.

2. Majlis Perasmian Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan dengan penyampaian hadiah Anugerah Khas bagi para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat pada Majlis berkenaan iaitu Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Berhormat Awang Lau How Teck, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta JabatanJabatan di bawahnya. Juga dijemput hadir ialah para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan serta para Pengusaha Agrimakanan di seluruh Negara.

3. Acara penyampaian anugerah khas ini adalah bagi mengenang jasa dan usaha serta sumbangan yang telah diberikan oleh para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan dalam menjana pembangunan ekonomi Negara amnya dan khususnya dalam Sektor Pertanian dan Perikanan.

 4. Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan kali ke-13 ini juga diadakan bagi memberikan pengiktirafan ke atas usaha-usaha dan sumbangan para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan dalam menyumbang kepada peningkatan ekonomi Negara dan sebagai penjana makanan Negara. Tema sambutan pada tahun ini memberi tumpuan kepada meningkatkan pengeluaran tempatan melalui produk tambah nilai iaitu “Memperkasa Produk Tambah Nilai, Pemacu Ekonomi Negara”. Tema ini mengambil kira juga usaha Negara dalam memastikan Jaminan Sekuriti Makanan Negara. 

5. Sambutan HPPPN tahun ini diadakan sehingga 5hb November 2023, acara diisikan dengan jualan-jualan produk pertanian, perikanan dan agrimakanan oleh para Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan serta Pengusaha Agrimakanan dari ke empat-empat daerah. Selain itu, beberapa program dan aktiviti dijalankan seperti sesi penilaian citarasa produk yang disampaikan oleh pengusaha-pengusaha Pertanian dan Perikanan dan acara briskwalk pada 5hb November 2023. 

Attachments