Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SI​ARAN AKHBAR “VIDEO TULAR KEJADIAN IKAN YANG BANYAK TERDAMPAR DIPERCAYAI TERJADI DI KAWASAN PERAIRAN BRUNEI DARUSSALAM”

1. Berikutan penyebaran video yang tular di media sosial mengenai kejadian ikan yang banyak terdampar dipercayai terjadi di Kampong Pengkalan Sibabau, Mentiri, Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa maklumat yang telah disebarkan ini adalah tidak benar dan telah disahkan berlaku di luar negara. 

2. Sudah menjadi program Jabatan Perikanan untuk sentiasa melaksanakan pemantauan dan penganalisaan air kemerah-merahan di perairan Negara Brunei Darussalam yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai. Setakat ini, Jabatan Perikanan mendapati bahawa perairan Negara adalah bebas daripada kejadian air kemerah-merahan dan ikan-ikan kecil seperti tamban, aur-aur dan pusu adalah selamat untuk dimakan.

3. Orang ramai dan para nelayan dinasihatkan agar tidak berasa cemas atau bimbang dengan insiden tersebut. Jabatan Perikanan ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah percaya akan maklumat-maklumat dan berita yang disebarkan melalui internet atau melalui media-media sosial lain seperti Whatsapp, twitter, tiktok, instagram dan facebook tanpa memastikan kesahihannya. Seterusnya orang ramai juga diperingatkan untuk lebih bertanggungjawab dan tidak turut menyebarluaskan sebarang perkara yang belum disahkan oleh Jabatan ini. 

4. Pihak Jabatan menasihatkan orang ramai untuk menghubungi di talian 2770068 (semasa waktu bekerja) atau alamat emel: enquiry@fisheries.gov.bn, jika terdapat sebarang pertanyaanberhubung dengan perkara ini. 

​Disediakan oleh: Jabatan Perikanan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Khamis; 15 Rabiulawal 1446H / 19 Septermber 2024

Attachments