Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

25.07.2016_KURSUS “IN-HOUSE” MENGENAI ORGANOLEPTIC TESTS OF FISH/SHELLFISH BAGI PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN PERIKANAN, 25-28 JULAI 2016

Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengadakan kursus in-house mengenai organoleptic tests of fish/shellfish bagi pegawai-pegawai Jabatan tersebut pada 25-28 Julai 2016.

Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai di Jabatan Perikanan dalam melaksanakan program amalan kebersihan diatas kapal yang memfokus kepada  pemeriksaan kualiti ikan yang ditangkap dengan berpandukan "organoleptic tests" keatas ikan.  pendekatan  ini adalah bertepatan dengan peranan Jabatan Perikanan sebagai "Competent Authority" didalam melaksanakan kualiti ke atas 'food chain' secara keseluruhan daripada pengeluaran utama untuk pemprosesan dan pengedaran. 

Kursus yang diberikan selain daripada amali ianya juga memuatkan kursus-kursus praktikal dimana peserta diberi tunjuk ajar tatacara mengambil contoh ikan yang betul dan "visual inspection" untuk "histamine" dan parasit serta "heavy metals" untuk dianalisa didalam makmal, menilai tahap kerosakan dan kualiti ikan, tatacara memeriksa dan mencatat suhu ikan yang betul dan tepat, mengenalpasti ikan-ikan yang beracun and prosidur pengendalian nya.  Oleh yang demikian hasil-hasil pemeriksaan tesebut adalah salah satu keperluan yang dikehendaki oleh pihak Kesatuan Eropah bagi produk-produk khususnya produk perikanan dapat di pasarkan di negara-negara Kesatuan Eropah.

Dengan adanya "in-house training" ini akan memantapkan lagi keupayaan pegawai-pegawai di Jabatan ini untuk menjalankan pemeriksaan keatas kualiti ikan tangkapan agar pengusaha-pengusaha penangkapan ikan akan peka untuk memberiagakan kebersihan sebelum, semasa dan selepas pengendalian ikan diatas kapal dan kepentingan keselamatan makanan untuk semua pengguna samada untuk pasaran ekspot mahupun tempatan.  Keperluan kebersihan ini bertujuan untuk memastikan produk mencapai kualiti yang tinggi dan mencegah sebarang pencemaran produk semasa pemprosesan.  Dalam pada itu Jabatan Perikanan telah menghasilkan Garispandu Amalan Baik Kebersihan diatas kapal yang mengandungi maklumat dan panduan untuk memenuhi keperluan kebersihan sepanjang rantaian bekalan produk perikanan yang telah diberigakan pada 02 Jun 2016.

Adalah dijangkakan penghasilan dari industri penangkapan ikan laut dalam yang menjadi salah satu tumpuan "plan strategik Perikanan" di negara ini berjumlah 480 tan metrik ikan tuna dengan nilai sebanyak $2.88 juta pada tahun 2020 yang mana ikan tuna ini berpotensi untuk diekspot, samada untuk pasaran Kesatuan Eropah (EU) atau ekspot ke negara yang berhajat untuk re-ekspot ke Kesatuan Eropah (EU). 

Kursus in house ini telah disampaikan oleh tenaga pengajar dari Malaysia, Encik Nazri Ishak, Ketua Pusat Biosekuriti Perikanan, Sarawak.  Kursus berjalan selama 4 hari itu telah dihadiri oleh seramai 20 orang pegawai Jabatan Perikanan dimana acara penutup kursus telah diadakan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta-peserta kursus oleh Tetamu Kehormat Majlis, Awang Haji Abdul Halidi Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Perikanan pada 28 Julai 2016.

​Disediakan oleh:

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

28 Julai 2016/23 Syawal 1437


Attachments