Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

30.05.2018_MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1439H/ 2018M

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pada petang tadi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Bulan Ramadhan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masehi, bertempat di Masjid Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah, Kg Sungai Akar. Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Khatam Al-Quran tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap KSSUP; Yang Mulia Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali, Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan; pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan KSSUP dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

 Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan wakaf oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kepada imam Masjid tersebut. Seterusnya bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat dan diikuti dengan bacaan surah-surah lazim beramai-ramai. Bacaan Takhtim dan Doa Khatam menyusuli majlis diikuti dengan laungan dikir Marhaban. Bagi memohon keberkatan, Doa Selamat dibacakan oleh Tuan Imam Haji Syamsul Niza bin Haji Badar. Majlis kemudiannya diikuti dengan berbuka puasa disusuli Solat Fardu Maghrib Berjemaah.

Sebelum Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan, majlis-majlis bertadarus bagi KSSUP telah diadakan di Masjid-Masjid yang lain iaitu Masjid Suri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kg Manggis/ Madang dan Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kg. Bebatik Kilanas masing-masing pada 07 Ramadhan 1439H / 23 Mei 2018M dan 12 Ramadhan 1439H / 28 Mei 2018M.

Aktiviti bertadarus serta Majlis Khatam Al-Quran ini adalah merupakan aktiviti KSSUP dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang diadakan pada setiap tahun pada bulan Ramadhan bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang Mubarak di samping mendapatkan ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah Subahanu Wa Ta'ala.


Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Negara Brunei Darussalam

Attachments