Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

01_11_2020_PESTA JUALAN HASIL PERTANIAN, PERIKANAN DAN AGRIMAKANAN SEMPENA HARI PELADANG, PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN(HPPN 2020)

​Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengadakan, Sembahyang Sunat

Hajat Berjemaah diikuti dengan Membaca Surah Yassin dan Doa Kesyukuran serta diselajurkan dengan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah sempena Sambutan Hari Peladang, Petani,Penternak dan Nelayan 2020 pada hari Sabtu, 14 Rabiulawal 1442H bersamaan 31 Oktober 2020M bertempat di Masjid Ash-Shaliheen.Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya. Juga dijemput hadir ialah para peladang, petani, penternak dan nelayan serta para pengusaha agrimakanan di seluruh negara. Selain itu, Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan kali ke-11 akan diadakan di Ruang Concourse dan letak kereta berdekatan Obor Tugu Sukan SEA di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada hari esok, Ahad, 15 Rabiulawal 1442H bersamaan 1 November 2020M. 

Sambutan tersebut akan diselajurkan dengan Jualan Gerai Hujung Minggu Pasar Kitani diikuti dengan acara sampingan bagi penjualan produk perikanan. Seramai lima puluh empat (54) pengusaha dan peladang tempatan menyertai petak jualan yang terdiri daripada dua puluh dua (22) pengusaha daripada Industri Tanaman, dua puluh sembilan (29) daripada Industri Agrimakanan dan tiga (3) syarikat daripada Industri Ternakan. Manakala penjualan produk hasil-hasil Industri Perikanan pula disertai oleh seramai satu (1) pengusaha tempatan dari industri akuakultur dan sebelas (11) pengusaha tempatan dari industri pemprosesan makanan laut.

Aktiviti pasar kitani juga turut disertai oleh seramai enam (6) peserta
daripada Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS).
Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan disambut pada 1 November setiap tahun bagi mengenang jasa dan usaha serta sumbangan yang telah diberikan oleh para Peladang, Petani,
Penternak dan Nelayan dalam menjana keperluan makanan negara khususnya dan kepada pembangunan ekonomi negara secara amnya. Bagi memastikan sekuriti makanan negara sentiasa
terjamin, pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan akan terus berusaha melaksanakan berbagai strategi dan program-program yang telah dirancang bagi meningkatkan
pengeluaran hasil dari komoditi pertanian, perikanan dan agrimakanan di samping meningkatkan nilai tambah produk-produk tersebut.


​Disediakan oleh:

Jabatan Pertanian dan Agrimakan & Jabatan Perikanan
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan


Attachments