Kementerian
Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan pada hari ini menerima lawatan
daripada Menteri Negara, Kementerian Perdagangan dan Perusahaaan, dan
Kementerian Pembangunan Negara (
Minister
of State, Ministry of National Development and Ministry Trade & Industry),
Singapura; Yang Berhormat Dr. Koh Poh Koon yang tiba di Negara
Brunei Darussalam bersama dengan 18 orang pegawai-pegawai kanan, yang
terdiri dari CEO Agri-food & Veterinary Authority (AVA) Singapura.
Turut serta rombongan tersebut adalah 6 orang pegawai
kanan nya, 5 Pegawai Kanan dari Ministry of National Development,
Singapura, dan juga 5 orang perwakilan dari pihak media.
Yang Berhormat Dr. Koh Poh Koon berada di Negara Brunei Darussalam
selama dua hari bermula hari ini dan akan selajur menyempurnakan Majlis
Pecah Tanah (perletakan batu asas), bersama dengan Yang Berhormat Dato
Seri Setia Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber
Utama dan Pelancongan, bagi pembinaan bangunan
multi-tier aquaculture system bagi satu projek usahasama di antara pelabur tempatan dan syarikat pelabur dari Singapura, iaitu projek
Vertical Land-based Aquaculture Farm
di Sungai Jambu, Kampong Tungku pada 13 Februari 2017 ini.
Projek Syarikat KR Apollo Sdn. Bhd yang di tempatkan di kawasan seluas
12 hektar di Tapak Akuakultur Airtawar, Sungai Jambu tersebut akan
memperkenalkan teknologi baru ke Negara Brunei Darussalam, iaitu
pemeliharaan ikan secara bertingkat, (multi-tier
recirculation aquaculture system) menggunakan sistem air kitaran-semula (recirculating aquaculture system) dan
high density intensive aquaculture
yang membolihkan peningkatan produktibiti aktibiti akuakultur ke tahap
yang jauh lebih tinggi daripada sistem akuakultur konvensional. (iaitu
dari 20 tan metrik sehektar
setahun sistem konvensional kepada 400 tan metrik sehektar setahun).
Teknologi ini merupakan teknologi moden bagi ternakan / penghasilan ikan
laut di kawasan Bandar (urban farming) dimana ianya akan
menghasilkan ikan dengan maksima dengan kawasan yang minima.
Teknologi yang di bawa dari operasi Syarikat Apollo Aquarium Pte Ltd,
Singapura ini akan meningkatkan penghasilan ikan yang kompetitif serta
menjanjikan pasaran eksport ikan akuakultur dan ikan hiasan, bukan saja
ke Negara Republik Singapura malah ke pasaran-pasaran
antarabangsa, termasuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.
Tiba lebih awal dari rombongan Yang Berhormat Dr. Koh Poh Koo, iaitu
pada 12hb Februari 2017, ialah serombongan 12 orang perwakilan dari
syarikat-syarikat pelabur dan peniaga dari Singapura yang akan membuat
beberapa perjumpaan khas dengan agensi-agensi kerajaan
dan juga pihak swasta – bagi meninjau sebarang peluang-peluang
pelaburan, usahasama, dan perniagaan.
Beberapa aktibiti khusus juga telah di aturkan bagi rombongan Yang Berhormat Dr. Koh Poh Koon, termasuk:
· Siri lawatan ke tapak-tapak syarikat dan beberapa perusahaan sektor perikanan,dan sektor pertanian dan agri-makanan;
· Perjumpaan
dengan agensi-agensi kerajaan dan sesi taklimat peluang-peluang
pelaburan dan bisnes, khususnya dalam sektor perikanan, pertanian,
agri-makanan, perhutanan,
dan pelancongan; dan
· Sesi
Business-Business Matching
yang dijangka melibatkan kira-kira 30 orang perwakilan
syarikat-syarikat dan pelabur tempatan. Di antara syarikat-syarikat
Singapura yang di jangka menyertai sesi ini ialah:
· Marine Life Aquaculture
· The Fish Farmer
· Commonwealth Capital (Barramundi ASIA)
· GML Aquatic
· Yik Zhuan Orchids
· Hay Dairies
· Ban Lee Huat Seeds Co.
· Soon Hong Machinery Company
· Netatech Pte Ltd