Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

02_11_2019_MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT BERJEMAAH, MEMBACA YASSIN, TAHLIL, DOA KESYUKURAN DAN SEMBAHYANG FARDHU ASAR BERJEMAAH SEMPENA HARI PELADANG, PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN 2019

Sabtu, 05 Rabiulawal 1441H bersamaan 02 November 2019
Masjid Ash Shaliheen, Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Surah Yassin dan bertahlil serta Membaca Doa Kesyukuran sempena sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2019 pada Hari Sabtu, 05 Rabiulawal 1441H bersamaan 02 November 2019 bertempat di Masjid Ash Shaliheen, Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan.

Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan ini telah diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Baginda merasmikan Ekspo Pertanian dan Agrimakanan 2009 pada 19 November 2009 bertempat di Taman Agroteknologi Brunei, Kampong Tungku. Dengan pengisytiharan itu, Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan telah disambut pada setiap 1 November setiap tahun bagi mengiktiraf dan mengenang jasa-jasa para peladang, petani, penternak dan nelayan dalam peranan mereka selaku penjana makanan bagi negara ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut sama hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan dari Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Juga hadir ialah peladang-peladang, petani-petani, penternak-penternak dan nelayan-nelayan serta pengusaha-pengusaha agrimakanan di seluruh negara. Aturcara di majlis ini termasuklah Sembahyang Sunat Hajat diikuti dengan membaca Surah Yassin dan bertahlil dan membaca doa kesyukuran. Majlis berakhir dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah.



​Jabatan Perikanan 

Brunei Darussalam

Attachments