Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

25_08_2020_MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1442 HIJRAH KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

Bandar Seri Begawan, 25hb Ogos 2020. Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

(KSSUP) telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun 1442 Hijrah pada 06 Muharram 1442H bersamaan 25hb Ogos 2020 bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir di Majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap KSSUP, Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty Binti Haji Abdul Wahab, Timbalan Setiausaha Tetap KSSUP (Pelancongan), Yang Mulia Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali, Timbalan Setiausaha Tetap KSSUP, Yang Mulia Awang Abdul Halidi Bin Mohd Salleh; Ketua-Ketua Jabatan; pegawai-pegawai dan kakitangan KSSUP dan Jabatan-Jabatan serta Bahagian-Bahagian dibawahnya.

Majlis didahului dengan bacaan Hafazan Ayat-Ayat Suci Al-Quran serta terjemahannya dan seterusnya diikuti dengan Ceramah Khas Hijrah bertajuk “Mentaati Perintah dalam norma baharu” oleh Yang Mulia Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar, Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB). Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Majlis Sambutan Awal Tahun 1442 Hijrah bagi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan ini adalah merupakan kegiatan tahunan pihak Kementerian berkenaan setiap tahun,
yang antara lain bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran islam, disamping mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama dalam kalangan warga KSSUP dan
Jabatan-Jabatan dibawahnya. Seramai …. orang pegawai-pegawai dan kakitangan telah menghadiri majlis ini. Tema sambutan peringkat negara tahun ini adalah ‘Generasi Berilmu, Beramal dan Berakhlak Memacu Pembangunan Umat’. / TAMAT.


Dikeluarkan oleh,
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
19 Ogos 2020/ 29 Zulhijjah 1441


Attachments