Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

13_1_2023_KEMPEN KEBERSIHAN TAPAK PENURUNAN DAN PENAIKKAN PERAHU JABATAN PERIKANAN DI KAMPUNG PENGKALAN SIBABAU, BRUNEI DARUSSALAM

​Dalam memupuk kerjasama di kalangan warga Jabatan Perikanan demi kepentingan nilai kebersihan serta pemeliharaan persekitaraan tapak-tapak penurunan dan penaikan perahu di Negara ini, Jabatan Perikanan mengadakan kempen kebersihan di tapak penurunan dan penaikan perahu di Kampung Pengkalan Sibabau pada hari Jumaat, 13 Januari 2023 Masihi. Kempen ini dketuai oleh Yang Mulia Wanidawati binti Tamat, Pemangku Pengarah Perikanan dan disertai oleh warga Jabatan Perikanan. Kempen kebersihan ini dimulakan dengan bacaan doa pendek dan sesi waming up. Sehubungan itu, kempen ini merupakan sokongan dan salah satu inisiatif Jabatan agar dapat menyuntik kesedaran dan mencapai matlamat dalam mengamalkan sifat menjaga kebersihan dan memelihara persekitaran tapak penurunan dan penaikan perahu bagi keperluan mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat digunakan oleh para nelayan ataupun orang awam.

​Dikeluarkan oleh:

Jabatan Perikanan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan​

Attachments