Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

11_4_2023_MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN BAGI TAHUN 1444H / 2023M KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran Sempena bulan Ramadhan bagi tahun 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masehi yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan dan Jabatan Perhutanan. Majlis diadakan pada hari Isnin, 10 April 2023 Masehi bersamaan 19 Ramadhan 1444H bertempat di Masjid Kampong Perpindahan Serasa, Kampung Serasa.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya. Turut hadir juga takmir masjid, Pemangku Ketua Kampung serta penduduk Kampung Perpindahan Serasa.

Majlis didahului dengan penyerahan sumbangan wakaf dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang berupa peralatan-peralatan keperluan Masjid kepada Imam Masjid, Yang Mulia Hj Nurhidayatullah bin Hj Zulkifilee. Seterusnya bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai. Majlis disudahi dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah.

Majlis Tadarus Al-Quran ini merupakan antara kegiatan keagamaan tahunan yang diadakan pada setiap tahun dalam bulan Ramadhan yang diungkayahkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan pelancongan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis ini juga bertujuan bagi mengeratkan sillaturrahim di antara para pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping bagi mendapatkan keberkatan serta ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala. /TAMAT


Dikeluarkan oleh:

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan


Attachments