PROSEDUR MENGEKSPORT IKAN SEGAR / BEKU

1. Menghadapkan permohonan dengan disertakan :-
  1.1

Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara atau agensi-agensi kerajaan yang lain di Negara ini, yang berkaitan dengan perusahaan Perikanan;

  1.2 Salinan kad pengenalan pemohon.
2.

Terdiri daripda rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan penduduk tetap.

3.

Setiap permohonan akan diselidiki dengan menemuduga pemohon bagi tujuan untuk mengambil data-data peribadi dan Syarikat (biodata).

4. Pandangan dan ulasan teknikal daripada Seksyen yang berkaitan.
5.

Pemeriksaan akan dijalankan keatas peralatan dan kelengkapan pemohon. (jika diperlukan)

6.

Setelah diluluskan (ada kebenaran), permohonan eksport permit adalah dengan cara :-

  6.1

Lesen dikenakan bayaran $20.00 bagi satu perjalanan sahaja dan akan mansuh selepas 1 bulan dari tarikh sah lesen berkenaan dipergunakan;

  6.2

Mematuhi dan menandatangani syarat-syarat  yang  dikenakan  keatas pengimportan ikan segar / beku.

  6.3

Mendapatkan sijil kesihatan dengan dikenakan bayaran $2.00 bagi satu perjalanan.

7.

Jika Negara pengimport memerlukan ‘Certificate of Origin’, ianya boleh dipohonkan dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Back to Main Section


|| Introduction | Programmes & Focus | Organisational Chart | Client's Charter | Sections | Potential Investment | Fisheries Industry Directory | Feedback ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||