| 1. |
Menghadapkan permohonan dengan disertakan :- |
| |
1.1 |
Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan yang dikeluarkan oleh Pejabat
Peguam Negara atau agensi-agensi kerajaan yang lain di Negara ini,
yang berkaitan dengan perusahaan Perikanan; |
| |
1.2 |
Salinan kad pengenalan pemohon. |
|
2. |
Terdiri daripda rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan penduduk
tetap. |
|
3. |
Setiap permohonan akan diselidiki dengan menemuduga pemohon bagi
tujuan untuk mengambil data-data peribadi dan Syarikat (biodata). |
|
4. |
Pandangan dan ulasan teknikal daripada Seksyen yang berkaitan. |
|
5. |
Pemeriksaan akan dijalankan keatas peralatan dan kelengkapan
pemohon. |
|
6. |
Sesudah ada ulasan dan pandangan daripada Seksyen Perlesenan,
Seksyen ini akan menghadapkan ke Perancangan Korporat untuk
kebenaran. |
|
7. |
Setelah diluluskan (ada kebenaran), permohonan eksport permit adalah
dengan cara :- |
| |
7.1 |
Lesen dikenakan bayaran $20.00 bagi satu perjalanan sahaja; |
| |
7.2 |
Mematuhi dan menandatangani syarat-syarat yang dikenakan keatas
pengeksportan ikan hidup; |
| |
7.3 |
Mendapatkan sijil kesihatan dengan dikenakan bayaran $2.00 bagi satu
perjalanan. |
|
8. |
Jika Negara pengimport memerlukan ‘Certificate of Origin’, ianya
boleh dipohonkan dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan
Perdagangan. |