PROSEDUR MENGIMPORT IKAN HIDUP / AKUARIUM / BENIH-BENIH IKAN

1. Menghadapkan permohonan dengan disertakan :-
  1.1

Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara atau agensi-agensi kerajaan yang lain di Negara ini, yang berkaitan dengan perusahaan Perikanan;

  1.2 Salinan kad pengenalan pemohon.
2.

Terdiri daripda rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan penduduk tetap.

3.

Setiap permohonan akan diselidiki dengan menemuduga pemohon bagi tujuan untuk mengambil data-data peribadi dan Syarikat (biodata).

4.

Bagi mengimport benih-benih ikan peliharaan, pandangan dan ulasan teknikal daripada Divisyen yang berkaitan adalah diperlukan.

5.

Pemeriksaan akan dijalankan keatas peralatan dan kelengkapan pemohon.

6.

Setelah diluluskan (ada kebenaran), permohonan import permit adalah dengan cara :-

  6.1

Lesen dikenakan bayaran $20.00 bagi satu perjalanan sahaja dan akan mansuh selepas 1 bulan dari tarikh sah lesen berkenaan dipergunakan;

  6.2

Mematuhi dan menandatangani syarat-syarat yang dikenakan keatas pengimport ikan hidup / akuarium dan benih-benih ikan;

  6.3 Bagi ikan-ikan yang dikawal dibawah "CITES" (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora) seperti ikan jenis Scleropages Formosus mestilah :-
   

6.3.1

mempunyai kebenaran "CITES" dari negara pengeksport.

7.

Mempunyai sijil kesihatan dan Invois dari Negara asal ikan berkenaan didatangkan.

8. Ikan-ikan Piranha ditegah sama sekali untuk diimport.
9.

Bagi pengimportan benih-benih ikan peliharaan, setiap kali hendak mendatangkan, pemohon mestilah menghadapkan permohonan ke Jabatan ini (Divisyen AQID).

Back to Main Section


|| Introduction | Programmes & Focus | Organisational Chart | Client's Charter | Sections | Potential Investment | Fisheries Industry Directory | Feedback ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||