Takat Tiruan :
Kawasan Alternatif Bagi Nelayan Kecil-Kecilan Negara Brunei Darussalam
Pengenalan
Mana-mana struktur yang
dibina diair biasanya akan berfungsi seperti takat. Ini adalah disebabkan
apabila struktur-struktur berkenaan ditumbuhi lelumut dan
tumbuhan-tumbuhan laut, akan menyediakan makanan kepada kebanyakan
ikan-ikan kecil, yang seterusnya menjadi makanan kepada ikan-ikan besar
seperti ikan merah, ikan putih dan sebagainya.
Begitu juga bagi
pelantar-pelantar minyak yang dibina diperairan negara ini, telah menjadi
tempat berkumpul berbagai jenis ikan bernilai tinggi. Ini memberi tarikan
kepada segelintir nelayan untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan
tanpa memberikan perhatian kepada risiko keselamatan diri mereka dan juga
keselamatan dan operasi pelantar-pelantar minyak berkenaan.
Sejak Januari 2002,
kempen bagi memberikan kesedaran atas bahaya mendekati pelantar-pelantar
minyak telah dipertingkatkan. Kawasan yang selamat disekeliling
pelantar-pelantar tersebut adalah dalam lingkungan 500 meter. Bot-bot dan
orang ramai adalah ditegah berada dalam lingkungan kawasan-kawasan
berkenaan.
Perundangan dan
Peraturan yang mendokong perkara ini:
 |
Akta Perkapalan
Perdagangan, Penggal 145 iaitu Bab 4, dibawah Perintah Perkapalan
Perdagangan (Zon Keselamatan) 1988; |
 |
Akta Perikanan,
Penggal 61 yang menegah kapal-kapal perikanan komersil daripada
beroperasi dalam lingkungan 1 batu nautika dari paip dan pelantar
minyak/gas. |
Pemedulian
Pihak Kerajaan
Memandangkan kepada
tumpuan perusahaan minyak dan gas dinegara ini adalah diluar pantai dan
dengan penguatkuasaan peraturan berkenaan, setentunya menjejaskan
tempat-tempat penangkapan ikan.
Dalam hal ini, Jabatan
Perikanan telah, sedang dan akan terus mengambil langkah-langkah awal yang
positif seperti melaksanakan projek bagi menambah lagi bilangan
takat-takat tiruan yang telah dibina oleh Jabatan Perikanan sejak tahun
1985. Takat tiruan tersebut telah dibina dikawasan-kawasan Zon 1 dan Zon
2.
Dibawah Rancangan
Kemajuan Negara Ke-8 ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah
meluluskan sejumlah peruntukan bagi menambah lagi takat-takat tersebut.
Projek ini bukan saja
akan menambah kawasan-kawasan menangkap ikan khusus bagi nelayan
kecil-kecilan, malah ianya juga adalah sebagai salah satu usaha kerajaan
untuk memperkaya sumber perikanan negara ini pada keseluruhannya.
Penempatan
Takat-Takat Tiruan Di Kawasan Zon 1
Disamping berfungsi
memperkaya sumber perikanan disatu-satu lokasi atau kawasan perikanan
dimana ianya ditempatkan, takat-takat tiruan juga boleh berfungsi sebagai
perlindungan kepada sumber daripada penerokaan yang boleh menjejaskan
kesinambungannya, seperti aktiviti kapal pukat tunda dikawasan-kawasan Zon
1 dan kawasan yang telah dikenalpasti sebagai tempat pembiakan.
Peta Lokasi Takat
Tiruan "Silent Enforcement" yang akan dibina oleh Jabatan
Perikanan di Zon 1 dan Zon 2.

Sebagai salah satu
langkah untuk membendung pencerobohan kapa-kapal pukat tunda ke Zon 1 yang
telah dikhususkan bagi nelayan kecil-kecilan serta sebagai tempat-tempat
pembiakan ikan, sebahagian besar daripada takat-takat tiruan yang akan
dibina nanti akan ditumpukan disepanjang sempadan Zon 1.
Takat-takat tiruan ini
disamping berfungsi sebagai kawasan alternatif bagi nelayan tradisional,
juga akan berfungsi sebagai Silent Enforcement bagi menghalang
pencerobohan kapal-kapal pukat tunda yang boleh membinasakan tempat-tempat
pembiakan sumber perikanan.
Harapan
Jabatan Perikanan
Adalah menjadi harapan
Jabatan Perikanan agar para nelayan di negara ini akan dapat memanafaatkan
takat-takat berkenaan dengan baik dan seterusnya sama-sama memelihara
kawasan tersebut bagi kepentingan bersama.
Melabuh pelantar
minyak terbiar dan bahan terbuang daripada pail konkrit untuk dijadikan
takat tiruan
Sebarang aktiviti yang
bercanggah seperti pengunaan bahan-bahan letupan, racun dan sebagainya
akan merosakkan takat-takat tersebut. Sebarang perbuatan seperti ini
mestilah dilaporkan ke Seksyen Pengurusan Sumber Perikanan Laut, Jabatan
Perikanan dengan menggunakan talian Hot-Line 1-800-0666.
Kawasan
dan Lokasi Takat-Takat Tiruan
| Cluster |
Tempat |
Latitude |
Longitude |
Jauh
dari pantai |
| A |
2-Fathom
Rock |
05o04.210 |
114o58.080 |
3.3
nm |
| B |
Pelong
Rocks |
05o04.460 |
115o01.339 |
2.2
nm |
| C |
Pelong
Rocks |
05o05.665 |
115o03.131 |
2.8
nm |
| D |
Abana
Rocks |
05o07.399 |
115o04.433 |
5.2
nm |
| E |
NW Champion |
05o20.622 |
114o39.682 |
25.1
nm |
| F |
NW
Champion |
05o20.015 |
114o37.449 |
23.7
nm |
| G |
NW
Champion |
05o21.903 |
114o37.171 |
27.4
nm |
| H |
Fairley
Fields |
04o58.477 |
114o07.500 |
23.4
nm |
| I |
Fairley
Fields |
04o58.610 |
114o09.303 |
23.2
nm |
| J |
Magpie
Fields |
05o06.734 |
114o24.288 |
23.2
nm |
| K |
Magpie
Fields |
05o07.301 |
114o24.150 |
22.8
nm |
| L |
Ampa
Patches |
04o58.869 |
114o21.301 |
18.6
nm |
| M |
Ampa
Patches |
04o59.124 |
114o21.557 |
20.0
nm |
| N |
Ampa
Patches |
05o00.106 |
114o23.489 |
18.2
nm |
| O |
Ampa
Patches |
05o00.164 |
114o23.472 |
18.2
nm |
| P |
Pelompong |
05o04.509 |
115o08.108 |
2.0
nm |
| Q |
Pelompong |
05o04.359 |
115o08.678 |
2.0
nm |
| R |
Pelompong |
05o04.804 |
115o09.283 |
2.7
nm |
| S |
Pelompong |
05o05.418 |
115o08.621 |
2.9
nm |
Peta Kedudukan beberapa
takat tiruan yang telah dibina oleh Jabatan Perikanan sehingga tahun 1998.
UNTUK
MAKLUMAT LANJUT,
SILA HUBUNGI
Seksyen
Pengurusan Sumber Perikanan Laut, Stesyen Perikanan Muara,
Jabatan Perikanan
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
Negara Brunei Darussalam
Tel:
673-2-770066
Fax: 673-2-770065
E-mel: fishresourcemgt@brunet.bn
Hotline : 1-800-0666
Atau : 02-773693 / 02-773694