The Government of Brunei Darussalam

                                                   
SUKAN MEMANCING / SPORTFISHING  

Eko-pelancungan Perikanan adalah satu lagi industri perikanan yang telah dikenal-pasti boleh menyumbang kira-kira $27 juta setahun kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar atau GDP negara. Bagi mendokong industri Eko-pelancungan Perikanan, Jabatan Perikanan mempunyai beberapa projek dibawah Rancangan Kemajuan Negara ke-8 ia itu Pengurusan dan Pemuliharaan Penyu, Taman Marin dan pembinaan Takat-Takat Tiruan.

Diantara aktibiti-aktibiti yang digalakkan dibawah projek Taman Marin ialah Sukan Memancing. Aktibiti ini memanglah salah satu aktibiti riadah yang sangat popular dinegara ini. Negara ini juga semakin terkenal mempunyai tempat-tempat memancing yang menarik kepada pelawat-pelawat maupun pelancung-pelancung. Dalam hal ini juga, dalam usaha Jabatan Perikanan memperbanyakkan lagi tempat-tempat memancing yang bersesuaian, projek pembinaan Takat-Takat Tiruan telah diungkayahkan dibawah RKN ke-8 dimana sebanyak 80 stesen Takat-Takat Tiruan akan di tempatkan di Perairan Negara Brunei Darussalam dan sejauh ini kira-kira 40% daripada projek berkenaan telah siap dilaksanakan dan sudah boleh digunakan.

Bagi memenuhi kehendak Akta dan Peraturan-peraturan Perikanan Penggal 61 yang memastikan setiap aktibiti penangkapan ikan dinegara ini hanya dibenarkan setelah mempunyai lesen yang sah, Jabatan Perikanan dengan ini meluaskan perlesenan berkenaan bagi aktibiti Sukan Memancing. Setiap lesen yang dikeluarkan akan dikenakan bayaran sebanyak $3.00. Semantara itu tempoh kebenaran bagi setiap lesen yang di keluarkan ialah 3 hari sahaja. Ikan yang dibenarkan dibawa pulang bagi setiap orang tidak melebihi 5 ekor, Sais-sais ikan yang boleh dibawa pulang adalah tergantung kepada jenis ikan berkenaan (akan diberikan semasa mengambil lesen). Ikan-ikan yang berukuran kecil daripada sais yang dibenarkan mestilah dikembalikan kelaut dengan berhati-hati dan dalam keadaan hidup. Setiap orang akan diberikan Borang Maklumat Tangkapan yang mestilah dilengkapkan dan dikembalikan Jabatan Perikanan sebelum pengeluaran lesen berikutnya dibenarkan, Adalah di ingatkan bahawa mereka yang didapati melangar syarat-syarat dan peraturan-peraturan ini jika sabit kesalahanya dibawah Akta dan Peratoran-peratoran berkenaan boleh didenda tidak melebihi $2,500.00 dan satu tahun penjara.

Bagi keterangan lanjut dan untuk mendapatkan lesen berkenaan, mereka yang berminat bolehlah menghubungi pada bila-bila masa waktu pejabat dibuka ke :-

Seksyen Perlesenen,
Divisyen Pengurusan dan Pengawasan,
Jabatan Perikanan,
Tingkat Bawah,
Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama,

Jalan Menteri Besar,
Bandar Seri Begawan,
Negara Brunei Darussalam.

Telefon : 2383067 or 2382963
e-Mel : fishlicensing@brunet.bn

JABATAN PERIKANAN,
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

12 MUHARRAM 1425
04 MAC 2004.


|| Introduction | Programmes & Focus | Organisational Chart | Client's Charter | Sections | Potential Investment | Fisheries Industry Directory | Feedback ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||