The Government of Brunei Darussalam

                                                                                            
PENGUMUMAN AIR KEMERAH-MERAHAN DISIARKAN
PADA 20 DISEMBER 2004

SIARAN AKHBAR

KENYATAAN
OLEH JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

KEJADIAN AIR KEMERAH-MERAHAN DI PERAIRAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH JABATAN PERIKANAN, KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA MENYATAKAN BAHAWA :

PEMANTAUAN TERKINI OLEH JABATAN PERIKANAN TELAH MENUNJUKKAN BAHAWA PERAIRAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KINI MASIH DILANDA OLEH AIR KEMERAH-MERAHAN. SETAKAT INI KAWASAN-KAWASAN YANG  DIDAPATI TERJEJAS IALAH KAWASAN PERAIRAN PELOMPONG, PANCANG MERAH, PANCANG HIJAU, LAUT PILONG-PILONGAN, PANTAI BERAKAS, JERUDONG,  BINTURAN, PENANJONG DAN TUTONG SERTA LUMUT, ANDUKI DAN SERIA. PEMANTAUAN YANG DIBUAT PADA HARI INI TIDAK MENUNJOKKAN BANYAK PERUBAHAN DI SEGI KAWASAN-KAWASAN YANG TERJEJAS.

ORANG RAMAI TERUTAMA SEKALI NELAYAN-NELAYAN, ADALAH DITEGAH UNTUK MENANGKAP IKAN-IKAN KECIL SEPERTI AUR-AUR, TAMBAN, RUMAHAN BINI, RUMAHAN LAKI, TEMANONG, SELIDAI, SANGLAR, GERONGGONG, BASONG-BASONG, PUSU, KUASI, TEMANONG BERSURAT, CAMAU, KIRANG-KIRANG, DAYANG-DAYANG, PARANGIYANG, MINYAK-MINYAK DAN KERANG-KERANGAN DAN IKAN-IKAN YANG DIDAPATI MATI DI KAWASAN-KAWASAN PERAIRAN YANG TERJEJAS. ORANG RAMAI JUGA DINASIHATKAN UNTUK TIDAK MEMAKAN SEBARANG IKAN DAN KERANG-KERANGAN YANG TIDAK DIKETAHUI TEMPAT ASALNYA.

SEMENTARA ITU IKAN-IKAN SEPERTI TENGGIRI, KERAPU, IKAN MERAH (BARAH-BARAHAN, UNGAH, SANTAK, MAMBANGAN DAN LAINNYA), SELUNGSONG, IKAN PUTIH (LANGURAN, MANUKUK, BAMASA, KALAKITOK DAN LAINNYA), TANGAT, KEROSI, MELAWARI, KURAU, TONGKOL, BAKULAN, BAKALANG, UMPAK, JARANG GIGI, GELAMA, SUMBILANG, SOTONG, KETAM  DAN UDANG ADALAH SELAMAT UNTOK DIMAKAN DENGAN MEMBUANG SEMUA INSANG, PERUT DAN ORGAN-ORGAN DALAMAN IKAN DAN DICUCI BERSIH-BERSIH SEBELUM DIMASAK.

DALAM KEADAAN PADA MASA INI, JABATAN PERIKANAN INGIN MEYAKINKAN ORANG RAMAI UNTUK TIDAK MERASA CEMAS KERANA KERJA-KERJA PEMANTAUAN KEJADIAN AIR KEMERAH-MERAHAN AKAN TERUS DIPERTINGKATKAN.

DALAM PADA ITU, JABATAN PERIKANAN AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ORANG RAMAI TENTANG KEADAAN TERKINI DARI MASA KESEMASA. ORANG RAMAI, TERUTAMA SEKALI NELAYAN-NELAYAN, BOLEH MEMBANTU JABATAN PERIKANAN DENGAN MELAPORKAN SEBARANG KEJADIAN PERUBAHAN WARNA AIR DAN JIKA MENJUMPAI IKAN-IKAN MATI PADA JUMLAH YANG BANYAK DI KAWASAN PERAIRAN DAN PANTAI-PANTAI DITALIAN-TALIAN BERIKUT 8819218, 8786399 DAN 8887480.

8 ZULKAEDAH 1425
20 DISEMBER  2004


|| Introduction | Programmes & Focus | Organisational Chart | Client's Charter | Divisions | Potential Investment |
Fisheries Industry Directory | Tender Notices | Download Application Forms | On-line Applications | Feedback ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||