The Government of Brunei Darussalam

                                                                                            
PENGUMUMAN AIR KEMERAH-MERAHAN DISIARKAN
PADA 27 DISEMBER 2004

SIARAN AKHBAR

KENYATAAN
OLEH JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

KEJADIAN AIR KEMERAH-MERAHAN DI PERAIRAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH JABATAN PERIKANAN, KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA MENYATAKAN BAHAWA :

PEMANTAUAN TERKINI OLEH JABATAN PERIKANAN TELAH MENUNJUKKAN BAHAWA PERAIRAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KINI MASIH DILANDA OLEH AIR KEMERAH-MERAHAN. KAWASAN-KAWASAN YANG TERJEJAS IALAH  DI LUARPANTAI MERAGANG,PANCANG MERAH DAN PANCANG HIJAU SERTA PELUMPONG,PANTAI SERASA DAN UJONG SAPOH DI TELOK SUNGAI BRUNEI. KONSENTERASI SEL ORGANISMA  AIR KEMERAH-MERAHAN INI  ADALAH DITAHAP YANG  RENDAH.

JABATAN PERIKANAN SEKALI LAGI INGIN MEYAKINKAN ORANG RAMAI UNTUK TIDAK MERASA CEMAS KERANA KERJA-KERJA PEMANTAUAN KEJADIAN AIR KEMERAH-MERAHAN TERUS DILAKSANAKAN.

JABATAN PERIKANAN AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ORANG RAMAI TENTANG KEADAAN TERKINI DARI MASA KESEMASA. ORANG RAMAI, TERUTAMA SEKALI NELAYAN-NELAYAN, BOLEH MEMBANTU JABATAN PERIKANAN DENGAN MELAPORKAN SEBARANG KEJADIAN PERUBAHAN WARNA AIR DAN JIKA MENJUMPAI IKAN-IKAN MATI PADA JUMLAH YANG BANYAK DI KAWASAN PERAIRAN DAN PANTAI-PANTAI DITALIAN-TALIAN BERIKUT 8819218, 8769730, 8786399 DAN 8887480.

15 ZULKAEDAH 1425
27 DISEMBER  2004


|| Introduction | Programmes & Focus | Organisational Chart | Client's Charter | Divisions | Potential Investment |
Fisheries Industry Directory | Tender Notices | Download Application Forms | On-line Applications | Feedback ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||