The Government of Brunei Darussalam

                                                                                           English Version
UDANG ROSTRIS
"SATU PENGENALAN"

LATAR BELAKANG

Kerja-kerja VERIFIKASI TEKNOLOGI PENGHASILAN BENIH dan VERIFIKASI TEKNOLOGI PEMELIHARAAN udang rostris, ALHAMDULLILAH, telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kerja-kerja verifikasi ini dilaksanakan secara ‘strategic alliance’ dengan pihak Super Shrimp Group dari Amerika Syarikat yang telah berjaya men "domesticated" udang tersebut selama lebih 15 tahun.

Udang ini sebenarnya berasal dari negara Mexico dengan nama saintifiknya, Litopeneaus stylirostris. Dipasaran antarabangsa ianya dikenali sebagai "Mexican white", di Mexico sendiri sebagai "camarul azul" dan diPranchis sebagai "crevette blue". Kita dinegara ini dan INSYA ALLAH, dirantau ini akan mempromosikanya sebagai udang rostris.

Verifikasi Teknologi tersebut, dinegara ini, bermula pada bulan Mei 1999. Objektib utama Verifikasi Teknologi ini ialah untok mendapatkan satu spesis yang mempunyai ciri-ciri yang lebih baik daripada udang harimau yang pada masa ini dipelihara oleh pengusaha-pengusaha industri akuakultur udang dinegara ini.

Walaupun hasil pengeluaran industri akuakultur udang dinegara ini telah jauh meningkat daripada hanya kira-kira 3 tan metrik saja pada awal tahun 1993 kepada kira-kira 45 tan metrik pada tahun 1999, jumlah hasil pengeluaran tersebut adalah maseh jauh rendah daripada potensi pengeluaran kawasan-kawasan yang telah diusahakan. Beberapa faktor telah dikenal-pasti menyebabkan perkara ini, antaranya:

  1. bekalan benih yang tidak mencukupi dan tidak menentu,
  2. kadar penghidupan udang-udang yang dipelihara (survival rate) adalah rendah,
  3. kadar pembesaran (growth rate) yang rendah dan
  4. kadar pemeliharan (stocking density) yang dapat diamalkan adalah juga agak rendah.

Kejayaan-kejayaan yang telah dapat kita capai dengan udang rostris adalah sangat menggalakkan dan jauh lebih dari apa yang dijangkakan:

VERIFIKASI TEKNOLOGI PENGHASILAN BENIH

  1. kita telah dapat menghasilkan sehingga 2 juta benih dari satu ekor induk betina dalam 3 bulan pusingan penghasilan (3 months production cycle) berbanding dengan yang sejauh ini dapat diperolehi dengan udang harimau ia itu hanya kira-kira 0.9 juta,
  2. kadar penetasan (hatching rate) telor yang dapat kita capai ialah 80-90% (udang harimau hanya 60-70%) dan
  3. kita juga berjaya mencapai kadar penghidupan (survival rate) daripada ‘nauplii’ (telor baru menetas) sehingga PL15 (saiz yang dapat dilepaskan kedalam kolam-kolam pemeliharaan) sebanyak 50-55% (udang harimau hanya 15-30%.

VERIFIKASI TEKNOLOGI PEMELIHARAAN

Kejayaan-kejayan yang telah dapat kita capai adalah lebih jauh baik dari apa yang kita jangkakan:

  1. kita telah dapat meningkatkan kadar pemeliharaan (stocking density) kepada 30 benih bagi setiap satu meter persegi diKolam-Kolam Pemeliharaan Jabatan Perikanan dan 20 benih bagi setiap satu meter persegi dikolam-kolam pengusaha-pengusaha yang senghaja dibawa sama bagi membolehkan verifikasi pemeliharaan secara komersil ‘in-situ’ dikolam-kolam pengusaha-pengusaha dan di‘look after’ oleh mereka sendiri’ (pengalaman selama ini dengan udang harimau hanya 15 benih bagi setiap satu meter persegi),
  2. kadar pembesaran (growth rate) udang-udang yang dipelihara yang berjaya kita capai adalah kira-kira 99% dalam seminggu (udang harimau 72%). Setelah hanya kira-kira 100 hari pemeliharaan, udang-udang rostris tersebut telah mencapai purata berat badan 26 gram dan
  3. kadar kehidupan (survival rate) yang kita capai adalah kira-kira 80% (udang harimau 60-70%).

Dengan kejayaan-kejayaan yang telah dapat kita capai tersebut, adalah dijangkakan udang rostris:

  1. akan dapat mencapai saiz pasaran ia itu 30 gram dalam kira-kira 110 hari pemeliharaan (udang harimau memerlukan pemeliharaan selama 5 bulan),
  2. sekurang-kurangnya 3 pusingan pemeliharaan (3 production cycles) setahun (udang harimau 2 pusingan) dan
  3. hasil pengeluaran sekurang-kurangnya 12 tan metrik setiap satu hektar setahun (dengan tahap pemeliharaan 20 benih bagi setiap satu meter persegi) atau 18 tan metrik setiap satu hektar setahun (dengan tahap pemeliharaan 30 benih bagi setiap satu meter persegi). Pengalaman dengan udang harimau, sejauh ini, hanya dapat menghasilkan 6 tan metrik setiap satu hektar setahun.

PELANCARAN PROMOSI PEMASARAN

Pelancaran promosi pemasaran udang rostris, INSYA ALLAH akan diadakan pada hari Khamis, 26 Rabiul Awal 1421 bersamaan dengan 29 Jun 2000.

Ini akan diikuti dengan penjualan kepada orang ramai pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad berikutnya.

MASA HADAPAN

  1. penghasilan benih di Pusat Penetasan Meragang secara komersil akan dialihkan kepada SEIWA Corporation Sdn. Bhd. (anak syarikat Semaun Prim Sdn. Bhd.) yang pada masa ini dalam proses pembentukan usaha-sama dengan Super Shrimp Group,
  2. pembekalan benih, INSYA ALLAH, akan stabil dan terjamin dan kita tidak lagi perlu mengimport benih yang pada masa ini bernilai kira-kira $80,000.00 setahun,
  3. pengusaha-pengusaha pemeliharan udang akan mendapat galakan (encouraged) untok memaksimakan penghasilan dan mengusahakan sepenohnya kawasan-kawasan yang telah dilisenkan kepada mereka (jika ini dicapai, import udang sais pasaran yang pada masa ini bernilai kira-kira $4 juta setahun, akan dapat ditiadakan),
  4. pencapaian pengusaha-pengusaha tersebut akan akan memberikan ‘consumers’ udang rostris sebagai pilihan selain daripada udang harimau dan udang-udang hasil tangkapan,
  5. Negara Brunei Darussalam berpotensi sebagai pengeksport benih (setakat ini pihak kita telah menerima permintaan bagi 3 juta benih sebulan dari Sarawak) dan udang sais pasaran (setakat ini kita telah menerima permintaan dari Labuan, Jepun dan Amerika Syarikat sendiri) dan
  6. Jabatan Perikanan akan meneruskan dengan verifikasi penghasilan induk (broodstock development) dan juga pemeliharan dengan sistem air berulang (recirculatory water system).

 

JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

26 RABIUL AWAL 1421
29 JUN 2000.


|| Introduction | Programmes & Focus | Organisational Chart | Client's Charter | Sections | Potential Investment | Fisheries Industry Directory | Feedback ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||