The Government of Brunei Darussalam

                                                                                           
CABARAN PANCING 2003
TAMAN REKREASI JUBLI ANDUKI, SERIA, DAERAH BELAIT
HARI RABU, 01 JANUARI 2003

1. LATAR BELAKANG
Sebagaimana yang diungkayahkan oleh Jabatan Perikanan pada tahun 2001 bersempena dengan Tahun Melawat Brunei 2001 dimana peraduan memancing telah diadakan di Taman Rekreasi Hutan Bukit Shahbandar selama 3 hari berturut-turut. Dari itu, Koperasi Jabatan Perikanan (BAKARANG) dengan Tanggungan Berhad dengan kerjasama Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama bercadang untuk mengadakan peraduan memancing pada awal tahun 2003.
2. OBJEKTIF
2.1 Untuk mendapatkan hasil bagi Koperasi BAKARANG.
2.2 Menggalakkan orang ramai untuk beriadah sambil memancing.
3. TEMPAT
Taman Rekreasi Jubli Anduki, Seria, Daerah Belait.
4. TARIKH
01 Januari, 2003, Hari Rabu.
5. KONSEP PERADUAN
5.1 Peraduan akan dijalankan bermula pada jam 8:00 pagi hingga 11:00 pagi.
5.2 Borang penyertaan boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan dan cawangan-cawangan Jabatan Perikanan atau di meja pendaftaran sebelum peraduan dimulakan.  Bayaran penyertaan ialah B$10.00 bagi kategori perseorangan dan $20.00 bagi kategori berkumpulan.
5.3 Peserta akan dikehendaki untuk memasang kain pelekat  yang akan disediakan oleh pihak penganjur mengikut warna kategori yang disertai seperti berikut :-
5.3.1 Kategori A - Warna Biru
5.3.2 Kategori B - Warna Hitam
5.3.3 Kategori C - Warna Merah
5.3.4 Kategori D - Warna Kuning
5.4 Perkakas memancing seperti joran/pancing/umpan hendaklah disediakan oleh peserta sendiri.
5.5 Kesemua hadiah adalah sumbangan Perusahaan AMYBA yang akan diberikan bagi setiap kategori peraduan pada hari tersebut seperti berikut :-
5.5.1 Kategori A - Peserta pertama mendapat ikan (kategori perseorangan) - dalam tempoh masa 30 minit dan berat tidak kurang 200 gram.
5.5.2 Kategori B - Peserta yang dapat menangkap ikan yang paling besar (kategori perseorangan) - timbang berat.
5.5.3 Kategori C - Peserta pertama mendapat ikan kromis (kategori perseorangan) - berat tidak kurang 300 gram.
5.5.4 Kategori D - Kumpulan yang memperolehi ikan terbanyak (kategori kumpulan) – jumlah ekor tangkapan dan tidak kurang 200 gram seekor.
6. AKTIVITI SAMPINGAN
6.1 Koperasi BAKARANG akan menyediakan jualan makanan dan minuman;
6.2 Perusahaan AMYBA akan menyediakan peraduan meneka berat ikan;
6.3 Perusahaan AMYBA akan menyediakan jualan ikan hidup;
6.4 Syarikat Usaha Asilati akan menyediakan jualan udang rostris.
7. TETAMU KEHORMAT
Yang Mulia, Awg Adanan bin Haji Hanafiah, Pegawai Daerah Belait.
8. ATURCARA MAJLIS PELANCARAN
6.45 Pagi  : Ahli Jawatankuasa Hadir;
7.00 – 7.15 Pagi  : Peserta dan Para Jemputan Hadir;
7.15 Pagi  : Tetamu Kehormat, Yang Mulia Awg Adanan bin Haji Hanafiah, Pegawai Daerah Belait, hadir;
Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis;
Pelancaran Rasmi Cabaran Pancing 2003 oleh Tetamu Kehormat (melepaskan ikan kromis);
Penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat;
Lawatan kawasan peraduan dan aktiviti sampingan;

8.00 pagi  :

Cabaran Pancing 2003 dimulakan;
Menikmati jamuan;

11.00 pagi  :

Peraduan berakhir;
Penghakiman peraduan dijalankan;
Penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan;
Majlis bersurai.



|| Introduction | Programmes & Focus | Organisational Chart | Client's Charter | Sections | Potential Investment | Fisheries Industry Directory | Feedback ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||