JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
TAWARAN
UNTUK MEMAJUKAN TAPAK BAGI
PEMELIHARAAN IKAN
DALAM SANGKAR DI SUNGAI BUNGA/KG PUDAK DAN BUANG TAWAR, MUKIM KOTA BATU
Jabatan
Perikanan, Kementerian Perindustrian Dan Sumber-Sumber Utama telah
mengenalpasti beberapa buah kawasan di negara ini bagi ternakan ikan dalam
sangkar. Antara kawasan-kawasan yang kosong bagi ternakan ikan dalam
sangkar ialah dikawasan Sungai Bunga/Kg Pudak dan Buang Tawar, Mukim Kota
Batu.
Sehubungan
dengan
ini, Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian Dan Sumber-Sumber
Utama mempelawa syarikat-syarikat yang berminat untuk memohon
kawasan-kawasan berkenaan bagi
pemeliharaan ikan dalam sangkar.
KEDUDUKAN
TAPAK BAGI PEMELIHARAAN IKAN
DALAM SANGKAR
DI BUANG TAWAR, MUKIM KOTA BATU

Untuk
keterangan lanjut dan bagi mendapatkan borang-borang permohonan,
pemohon-pemohon bolehlah menghubungi Seksyen Perkembangan Akuakultur,
Serasa, Muara ditalian 02-770736, 02-770108 atau 02-770109 pada masa-masa
waktu bekerja.
Satu
sesi seminar mengenai perkara diatas, akan diadakan:-
|
Pada |
: |
Hari
Sabtu, 25 Januari 2003 |
|
Jam |
: |
2:00
petang |
|
Tempat |
: |
Seksyen
Perkembangan Akuakultur,
Ladang Ikan Serasa,
Jalan Pantai Serasa, Muara,
Negara Brunei Darussalam. |
Tarikh
tutup menerima permohonan ialah pada
Hari Sabtu, 15 Februari 2003, Jam
4.30 petang.