JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
TAWARAN
LESEN-LESEN INDUSTRI PENANGKAPAN IKAN DI KAWASAN-KAWASAN LAUT DALAM ZON
EKONOMI EKSKLUSIF [EEZ] 2 DAN 3 DI PERAIRAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan
Sumber-Sumber Utama memaklumkan bahawa masih terdapat beberapa kekosongan
lesen-lesen perusahaan bagi industri penangkapan ikan dengan menggunakan
alat rawai, bubu dan pancing zon 2 dan 3, di kawasan-kawasan zon ekonomi
eksklusif [EEZ] perairan Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan dengan ini, Jabatan Perikanan,
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama mempelawa
syarikat-syarikat yang berminat untuk memohon lesen-lesen perusahaan alat
rawai, bubu dan pancing berkenaan.
Untuk keterangan lanjut dan bagi mendapat
borang-borang permohonan, pemohon-pemohon boleh lah menghubungi Seksyen
Perkembangan Industri Tangkapan Perikanan, Muara di talian 2770066,
2772782 dan 2772781 pada masa-masa waktu bekerja.
Satu sesi seminar
mengenai perkara diatas akan diadakan pada hari Sabtu, 8 Mei 2004 jam
2.00 petang, bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Perikanan, Tingkat
3, Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara
Brunei Darussalam.
Tarikh tutup menerima permohonan ialah pada
hari
Isnin, 21 Jun 2004 jam 4.30 petang.