The Government of Brunei Darussalam

                                                                                           
JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

TAWARAN LESEN-LESEN INDUSTRI PENANGKAPAN IKAN DI KAWASAN-KAWASAN LAUT DALAM ZON EKONOMI EKSKLUSIF [EEZ] 3 DAN 4 DI PERAIRAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama memaklumkan bahawa masih terdapat beberapa kekosongan lesen-lesen perusahaan bagi industri penangkapan ikan dengan menggunakan alat pukat lingkong zon 3, alat pukat lingkong tuna zon 4 dan alat rawai tuna zon 4  di kawasan-kawasan zon ekonomi eksklusif [EEZ] perairan Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan ini, Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama mempelawa syarikat-syarikat yang berminat untuk memohon lesen-lesen perusahaan berkenaan.

Untuk keterangan lanjut dan bagi mendapat borang-borang permohonan, pemohon-pemohon boleh lah menghubungi Seksyen Perkembangan Industri Tangkapan Perikanan, Muara di talian 2770066, 2772782 dan 2772781 pada masa-masa waktu bekerja.

Satu sesi seminar mengenai perkara diatas akan diadakan pada hari Sabtu, 5 Jun 2004 jam 2.00 petang, bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Perikanan, Tingkat 3, Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.

Tarikh tutup menerima permohonan ialah pada hari Selasa, 20 Julai 2004 jam 4.30 petang.



|| Introduction | Programmes & Focus | Organisational Chart | Client's Charter | Sections | Potential Investment | Fisheries Industry Directory | Feedback ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||