JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
TAWARAN LESEN-LESEN INDUSTRI PENANGKAPAN IKAN DI KAWASAN-KAWASAN LAUT
DALAM ZON EKONOMI EKSLUSIF [EEZ] 2, 3 DAN 4
DI PERAIRAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Jabatan
Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama memaklumkan
bahawa masih terdapat beberapa kekosongan lesen-lesen perusahaan bagi
industri penangkapan ikan dengan menggunakan alat pukat lingkong zon 3,
alat rawai, bubu dan pancing zon 2 dan 3, alat pukat lingkong tuna zon 4
dan alat rawai tuna zon 4 di kawasan-kawasan zon ekonomi eksklusif [EEZ]
perairan Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan
dengan ini, Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber
Utama mempelawa syarikat-syarikat yang berminat untuk memohon lesen-lesen
perusahaan berkenaan.
Untuk
keterangan lanjut dan bagi mendapatkan borang-borang permohonan,
pemohon-pemohon bolehlah menghubungi di alamat berikut :-
Seksyen Industri Perikanan,
Ibu Pejabat Jabatan Perikanan, Tingkat 1,
Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama,
Negara Brunei Darussalam.
Tel : 2382493, 2383067
Borang
permohonan dan kertas cadangan yang telah lengkap diisi hendaklah
dikembalikan kepada Seksyen tersebut diatas. Tarikh tutup menerima
permohonan ialah pada hari Khamis, 28 April 2005 jam 4.30 petang.
Disamping itu,
satu sesi taklimat mengenai perkara diatas akan diadakan pada hari Rabu,
16 Mac 2005 jam 9.00 pagi, bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan,
Tingkat 3, Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama,
Negara Brunei Darussalam.