The Government of Brunei Darussalam

                                                                                            
Industri Ternakan Udang Brunei
Mampu Menyerlah

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun 2006, Rabu - Industri ternakan udang adalah sebuah industri kompetitif yang didominasi syarikat gergasi dunia yang mempunyai kos tenaga kerja rendah.

Pengusaha ternakan udang Brunei mempunyai pelbagai kelebihan yang menjadikan industri itu sebuah industri yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi bukan berdasarkan industri minyak dan gas seperti cuaca yang sesuai untuk ternakan udang, prasarana yang lengkap bagi menyokong pertumbuhan industri berkenaan, kejadian penyakit pada ternakan yang rendah dan kos tenaga yang rendah.

Bagaimanapun industri itu juga menghadapi cabaran seperti kos tenaga kerja, makanan ternakan dan harga benih ternakan tinggi yang mengurangkan kekuatan industri berkenaan beroperasi di Brunei.

Brunei mempunyai purata kos tertinggi dari segi gaji tenaga kerja, makanan ternakan dan harga benih yang harus dikurangkan untuk membantu membangkitkan industri ternakan udang yang berdaya saing dengan negara pengeluar dunia lain.

Namun, industri ternakan udang Brunei mempunyai prasarana yang teratur serta lengkap sebagai satu kelebihan yang merangsang industri berkenaan, ujar Presiden Global Aquaculture Alliance, Dr George Chamberlain pada seminar mempertingkatkan produktiviti ternakan udang hari ini.

Menurutnya, trend semasa dunia iaitu produksi udang dunia yang meningkat dengan harga pasaran yang semakin menurun memberikan tekanan kuat kepada pengusaha tempatan dan mereka juga berhadapan dengan cabaran kuat dari pengeluar ternakan udang yang beroperasi dengan kos yang rendah.

Dr George Chamberlain percaya industri itu di Brunei berhadapan dengan cabaran yang berbeza dari negara pengeluar ternakan lain seperti Indonesia dan Malaysia.

Oleh itu pengusaha tempatan perlu menggunakan cara berbeza bagi bersaing dalam industri berkenaan dengan keutamaan diberikan pada efisien, kualiti produk dan ternakan berkekalan.

Menurut kajian beliau dan pasukannya, industri ternakan udang Brunei boleh mencapai hasratnya sebagai negara pengeluar yang kompetitif dengan menumpukan usaha kepada menjadi sebuah negara pengeluar yang mempunyai kos produksi yang rendah.

Beliau juga mencadangkan supaya pengusaha tempatan menceburi bidang ternakan udang bersaiz besar yang bernilai tinggi kerana pulangan yang diperoleh daripada ternakan itu lebih lumayan berbanding dengan ternakan udang bersaiz kecil dan sederhana dan nilai udang berkenaan di pasaran semakin menurun.

Beliau juga mencadangkan supaya pengusaha-pengusaha tempatan dapat menerokai dan menjual secara langsung produk mereka kepada pembeli antarabangsa bagi mendapatkan harga yang tinggi dan berbaloi dengan usaha yang mereka tujukan terhadap pengusahaan mereka.

Beliau mencadangkan supaya makmal kajian penyakit yang sedia ada ditingkatkan keupayaan dari segi teknik pengesanan penyakit dan teknologi kerana ancaman penyakit adalah ancaman paling kuat mendorong kepada penurunan pengeluaran ternakan udang seperti yang dicatatkan pada 90'an yang menyebabkan pengeluaran udang dunia menurun secara drastik.

Penggunaan teknologi pengesanan moden menurut beliau bukan saja lebih tepat dan cepat tetapi dengan kemajuan dalam bidang berkenaan kos untuk mengendalikan kajian itu juga berada pada tahap rendah.

- Ehsan Media Permata -


|| Introduction | Programmes & Focus | Organisational Chart | Client's Charter | Divisions | Potential Investment |
Fisheries Industry Directory | Tender Notices | Download Application Forms | On-line Applications | Feedback ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||