The Government of Brunei Darussalam

                                                                                           
JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

TAWARAN UNTUK MEMAJUKAN TAPAK BAGI
TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR
DI KAWASAN TANJONG PELUMPONG DAN KG SUNGAI BUNGA

Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama telah mengenalpasti beberapa kekosongan tapak kawasan di negara ini  bagi ternakan ikan dalam sangkar iaitu di kawasan Tanjung Pelumpong dan Kampong Sungai Bunga.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama mempelawa syarikat-syarikat yang berminat untuk memohon kawasan-kawasan berkenaan bagi ternakan ikan dalam sangkar.

Untuk penerangan lanjut dan bagi mendapatkan borang-borang permohonan pemohon-pemohon bolehlah menghubungi Seksyen Industri Akuakultur, Bangunan BFC, Jalan Perusahaan Muara, Negara Brunei Darussalam di talian 2771208 dan 2771206 pada masa-masa waktu bekerja atau melayari laman web Jabatan Perikanan: www.fisheries.gov.bn.

Satu sessi taklimat akan diadakan :-

Pada    :  Hari Rabu, 22 Ogos 2007

Jam     :   2:30 petang

Tempat  :   Bilik Mesyuarat, Bangunan BFC, Jalan Perusahaan, Muara

Tarikh tutup menerima permohonan ialah pada :  8 September 2007



|| Introduction | Programmes & Focus | Organisational Chart | Client's Charter | Sections | Potential Investment | Fisheries Industry Directory | Feedback ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||