
Jerayawara Moratorium Operasi
Menangkap Ikan di Zon 1
TUTONG, 02 Mei 2007, Rabu -
Jerayawara bagi melaksanakan
'Moratorium' keatas operasi menangkap ikan di Zon 1 diadakan hari ini di
Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong.
Jerayawara
itu adalah usaha Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan
Sumber-sumber Utama yang akan melaksanakan dan menguatkuasakan
'moratorium' ke atas operasi menangkap ikan di Zon 1 iaitu antara 0
hingga 3 batu nautika dari kawasan pantai sebagai salah satu program
pengurusan perikanan bagi menangani kepupusan atau penurunan sumber
perikanan marin di negara ini. Ia berkuat kuasa pada 1 Januari 2008.
Majlis
Perasmian jerayawara itu disempurnakan oleh Pegawai Perikanan Kanan,
Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama,
Awang Sabri Haji Mohd Taha.
Objektif
jerayawara ini adalah bagi menyampaikan penjelasan dan maklumat yang
betul tentang perlaksanaan moratorium kepada orang ramai khususnya
nelayan-nelayan. Moratium bermaksud penggantungan 'larangan sementara'
ke atas aktiviti penangkapan ikan hingga sumber perikanan marin kembali
ke tahap berkekalan.
Dalam
jerayawara tersebut, taklimat tentang moratorium keatas operasi
menangkap ikan di zon 1 dan dari segi perundangannya juga diadakan bagi
memberi penjelasan lebih lanjut pelaksanaannya oleh Pegawai Perikanan
Kanan, Dayang Ranimah Haji Abdul Wahab dan Penolong Pegawai Perikanan,
Awang Ishak Jarudin.
Orang ramai
khususnya kepada ketua kampung dan nelayan diharap dapat memperolehi
maklumat jelas dan persediaan bagi perlaksanaan operasi itu.
-
Ehsan daripada Media Permata -