
Pengusaha Ternakan Udang
Timba Kemahiran Terbaru
GADONG, 12 Jun 2007, Selasa -
Pengusaha industri ternakan udang berpeluang meningkatkan pengetahuan
serta kesedaran mereka dalam melaksanakan prosedur ternakan udang yang
baik melalui seminar akuakultur siri kelima.
Seminar itu merupakan
lanjutan seminar yang diadakan April lalu dan juga salah satu projek
Jabatan Perikanan dengan Integrated Aquaculture International, Amerika
Syarikat dalam usaha mempertingkatkan produktiviti ternakan udang.
Pada seminar itu, seorang
penceramah undangan dibawa khas dari New Caledonia yang juga pengurus
ladang ternakan udang Syarikat Sodacal, Regis Bador.
Dalam seminar itu, beliau
membentangkan kertas kerja kes kajian pembangunan industri udang di New
Caledonia. Brunei dan New Caledonia adalah dua negara yang menjadi
pengeluar udang rostris dunia.
Melalui seminar itu,
peserta bakal memperoleh pengalaman dan pengetahuan baru dalam teknologi
pemeliharaan udang yang lebih praktikal dan teratur ke arah menghasilkan
produk udang yang terbaik dan bermutu tinggi bagi pasaran produk
premium.
-
Ehsan daripada Media Permata -