
Seminar Mengharmonisasikan dan Mengukuhkan Sistem Pemeriksaan Permakanan
dan Persijilan bagi Udang dan
Bivalve Molaska, 26 - 27 Nobember 2007, Brunei Darussalam
- Siaran Akhbar -
Jabatan
Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, dalam
usaha mempertingkatkan dan memperkembang majukan lagi produk perikanan
kepasaran global dengan mengikut sistem-sistem pemeriksaan dan
persijilan yang di Iktiraf antarabangsa, selaras dengan negara-negara
ahli ASEAN yang lain, telah mengungkayahkan Seminar Mengharmonisasikan
dan Mengukuhkan Sistem Pemeriksaan Permakanan dan Persijilan bagi Udang
dan Bivalve Molaska Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara ASEAN
yang lain.
Sesi seminar
yang diadakan ini adalah sebahagian dari Projek Program Pemeriksaan dan
Persijilan Permakanan yang dikendalikan oleh ASEAN Expert Group on Food
Safety (AEGFS) dengan kerjasama ASEAN-Australia Development Cooperation
Programme dalam usaha mereka untuk Mengharmonisasi Sistem Pemeriksaan
dan Persijilan Permakanan Sumber Marin negara-negara ahli ASEAN bagi
membolehkan produk tersebut menembusi pasaran antarabangsa mengikut
Sistem Pemeriksaan dan Persijilan yang diiktiraf. Sesi seminar ini
adalah lanjutan dari beberapa bengkel yang telah diHadiri oleh
perwakilan Jabatan Perikanan iaitu Bengkel Strategi Serantau yang mana
telah diadakan pada 5 hingga 6 Julai 2007 di Kuala Lumpur dan Bengkel
Penyediaan Konsultasi yang telah diadakan Di Bangkok pada 6 hingga 10
Ogos 2007 yang lalu.
Seminar dua (2) hari yang diadakan pada 26hb.
dan 27hb. Nobember 2007 ini
adalah bertujuan untuk menyampaikan informasi tentang kepentingan
Mengharmonisasi dan Mengukuhkan Sistem Pemeriksaan Permakanan dan
Persijilan Perikanan kepada dua Kumpulan Kerja yang berasingan dan
mengumpul maklumbalas bagi persediaan Mesyuarat Strategi Serantau yang
terakhir yang dijangka akan diadakan di Manila pada Januari 2008 nanti.
Kumpulan
Kerja Pertama ialah kepada Agensi-Agensi lain yang terlibat Di dalam
Pemeriksaan dan Persijilan Perikanan seperti Bahagian Kawalan Mutu
Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan yang mana telah dilantik
menjadi sebagai Focal Point bagi Projek-Projek Program Keselamatan
Permakanan dan Pusat Akreditasi dan Piawaian Kebangsaan Kementerian
Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama yang bertanggungjawab dalam
pengeluaran Sijil Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) dan
Good Aquaculture Practices (GAqP) kepada syarikat-syarikat pemprosesan
dan pengeluaran produk-produk perikanan bagi mendokong produk-produk
keluaran tempatan kepasaran antarabangsa.
Dan kumpulan
yang keduanya ialah kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Perikanan yang
terlibat didalam aktiviti kerja-kerja pemantauan dan pemeriksaan
kapal-kapal tangkapan, kompleks-kompleks pendaratan ikan, kolam-kolam
dan kilang-kilang pemprosesan yang menghasilkan produk-produk perikanan
terutama produk-produk perikanan yang akan diekspot.
Seorang
Penceramah Khas Dari Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Hamdan bin Jaafar
Telah Di Undang Khusus untuk mengendalikan Sesi Seminar Ini dan
Mengkongsikan Pengalaman Dalam Mengendalikan Pemeriksaan Dan Persijilan
Produk-Produk Perikanan serta Menyampaikan Garispandu Sistem-Sistem
Pemeriksaan Dan Persijilan Mengikut Piawaian Yang Telah Di Tetapkan.
Dengan Adanya
Sesi Seminar Ini Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Perikanan Khususnya,
Akan Lebih Pro-Aktif Dan Efisyen Dalam Melaksanakan Tugas Dan
Tanggungjawab Dalam Pemeriksaan Permakanan Dan Persijilan Bagi
Penghasilan Produk-Produk Perikanan Terutamanya Penghasilan Udang Dan
Bivalve Molaska Mengikut Garispandu Sistem-Sistem Pemeriksaan Dan
Persijilan Yang Di Iktiraf Antarabangsa.
Seminar
diadakan di sebuah Hotel di ibu Negara dan telah di resmikan oleh Tetamu
Kehormat Majlis iaitu Yang Mulia Dayang Hajah Hasnah binti Ibrahim,
Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan
Sumber Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.
Yang Mulia Pengarah Perikanan melalui ucapan semasa majlis perasmian
seminar berkenaan telah menyatakan bahawa memang banyak faedah yang akan
didapati dari seminar ini nanti. Salah satu nya yang penting adalah
untuk membangun kapasiti agensi pengawalan di negara ini untuk
melaksanakan dan mempertingkatkan sistem pemeriksaan dan persijilan
bagi penghasilan udang dan bivalve mollaska. Dengan yang demikian adalah
di harapkan satu strategi bagi tujuan mengharmonisasi sistem pemeriksaan
dan persijilan bagi udang dan bivalve molluska dapat di ujudkan yang
akan dapat mempertingkatkan kualiti sistem pemeriksaan Jabatan Perikanan
bagi membantu mempertingkatkan keupayaan Negara untuk memenuhi
keperluan keselamatan permakanan yang di kenakan oleh Negara-negara
Pengimpot seperti dari kesatuan eropah atau EU. Seperti yang di maklumat
bahawa pada masa ini negara telah berjaya mengexspot udang, walaupun
dalam jumlah yang masih kecil ke negara negara seperti Jepun, Korea dan
Amerika Syarikat. Adalah menjadi satu matlamat jua supaya negara ini
termasuk dalam senarai pengekspot hasil perikanan ke EU. Seperti yang di
ketahui pasaran EU adalah amat sukar untuk ditembusi kerana kehendak
kehendak yang sangat ‘stringent’. Ini adalah satu cabaran dan adalah di
harapkan supaya seminar ini akan dapat membantu dan memberi laluan bagi
mencapai matlamat tersebut.
Bagi memenuhi kehendak
kehendak itu, pencapaian piawaian seperti Hazard Analysis and Critical
Control Point (HACCP) adalah perlu dan ianya sudah setentu nya
memerlukan komitmen dan penglibatan industri itu sendiri (pengurusan dan
tenaga kerja), badan-badan yang menguatkuasakan pengawalan makanan dan
sokongan institusi-institusi (dari segi teknikal, penyelidikan dan
institusi latihan).
Jabatan Perikanan,
Kementerian Perindustrian dan Sumber Sumber Utama,
Negara Brunei Darussalam.
27 Nobember 2007