JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BILANGAN TAWARAN : new.gif (130 bytes)

JUALAN LELONG SECARA TAWARAN SEBUT HARGA
SEBUAH BOAT FIBREGLASS (M.V. TADUNGAN BG 0267)

SYARAT-SYARAT TAWARAN :

1.

TAWARAN adalah dibukakan kepada pengusaha-pengusaha perkapalan dan orang perseorangan bagi rakyat tempatan.

2.

Dokumen tawaran, syarat-syarat dan keterangan lanjut mengenainya boleh diperolehi dengan menghubungi di talian 2772781 / 2772782 (bagi keterangan mengenainya) dan 2383067 ext 2122 (bagi mendapatkan dokumen tawaran dan syarat-syarat tawaran) semasa waktu pejabat di Tingkat 1, Ibu Pejabat Jabatan Perikanan, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

3.

Tawaran hendaklah diserahkan kepada Ibu Pejabat, Tingkat 3, Jabatan Perikanan, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam tidak lewat pada jam 2.00 petang, hari Isnin, 7 Julai 2008.

4.

Tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup dengan menunjukkan bilangan sebut harga dan tajuk tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong.

5.

Tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang tawaran yang disediakan.

6.

Pembeli yang berjaya dikehendaki untuk membayar secara tunai dan seterusnya bertanggungjawab untuk memindahkan barang yang dibeli tidak lewat (14 hari) dari tarikh jualan tersebut.

7.

Kapal tersebut tidak boleh dipohonkan lesen alat menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan.

8.

Jabatan Perikanan tidak akan bertanggong jawab ke atas kemalangan dan kerugian semasa memindah kapal tersebut.

9.

Segala kemudahan semasa pemindahan tersebut adalah atas urusan peserta yang berjaya.

10.

Jabatan Perikanan tidak akan bertanggong jawab atas keselamatan kapal setelah kapal tersebut diserahkan.

11.

Tempat bertambat bagi kapal tersebut adalah atas urusan peserta yang ditawarkan dan kapal tersebut tidak boleh bertambat dimana-mana jeti Jabatan Perikanan.

Bil. Keterangan Banyak Tempat

1

Boat Fibreglass
(M.V. Tadungan BG 0267)

1 buah

Jabatan Perikanan,
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama,
Bandar Seri Begawan BB3910,

Negara Brunei Darussalam.

Tarikh untuk melihat Kapal : 25 Jun hingga 7 Julai 2008 (Semasa Waktu Bekerja)

Back to Main Section


|| Introduction | Programmes & Focus | Organisational Chart | Client's Charter | Sections | Potential Investment | Fisheries Industry Directory | Feedback ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||