JABATAN PERIKANAN
KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
TAWARAN LESEN-LESEN
INDUSTRI PENANGKAPAN IKAN
DI KAWASAN-KAWASAN ZON 2 DAN 3
PERAIRAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Jabatan Perikanan,
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama memaklumkan bahawa
masih terdapat beberapa kekosongan lesen-lesen perusahaan bagi industri
penangkapan ikan dengan menggunakan alat pukat lingkong dan alat rawai,
bubu dan pancing di zon 2 dan 3 perairan Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan dengan itu,
Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
mempelawa syarikat-syarikat yang berminat untuk memohon lesen-lesen
perusahaan pukat lingkong dan alat rawai, bubu dan pancing berkenaan.
Untuk keterangan lanjut
dan bagi mendapatkan borang-borang permohonan, pemohon-pemohon bolehlah
menghubungi di alamat berikut :-
Seksyen Industri
Perikanan
Ibu Pejabat Jabatan Perikanan, Tingkat 1,
Bangunan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama,
Negara Brunei Darussalam.
Tel : 2382493, 2383067
Borang permohonan dan
kertas cadangan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada
Seksyen tersebut di atas, tidak lewat pada 10 Januari 2009 jam 4.30
petang. Satu sesi taklimat mengenai perkara di atas akan diadakan
pada hari Khamis, 5 Nobember 2008 jam 9.00 pagi, bertempat di Ibu
Pejabat Jabatan Perikanan, Tingkat 3, Bangunan Kementerian Perindustrian
dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.