Sekitar kemeriahan Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan (HPPPN) Kali Ke-16, Tahun 2026 anjuran bersama Jabatan Pertanian dan Agrimakan dengan Jabatan Perikanan, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
🗓️ 31 Oktober – 1 November 2026 (Sabtu & Ahad)
⏰ 7.00 pagi – 4.30 petang
📍 Pusat Agribisnes Rimba, Pasar Kitani
Antara acara yang berlangsung ialah Majlis Perasmian Program Peningkatan Pelabelan dan Pembungkusan Produk Belacan Tempatan, sebagai usaha Jabatan Perikanan dalam membantu pengusaha kecil-kecilan meningkatkan kualiti, penampilan dan daya saing produk tempatan, serta memperluas peluang pemasaran.
Sambutan turut dimeriahkan dengan Maguro Kaitai Show (Tuna Cutting Show), kuiz interaktif serta jualan pelbagai produk perikanan hasil industri pemprosesan tempatan yang mengetengahkan kepelbagaian produk dan potensi industri perikanan.
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung dan pihak yang terlibat dalam menjayakan serta memeriahkan acara ini.





