Ministry of Industry and Primary Resources: Latest News

23.05.2026_PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG GALAH
Title: 23.05.2026_PROGRAM PELEPASAN BENIH UDANG GALAH

Body:

Pelepasan Benih Udang Galah di kawasan perairan Sungai Labu, Temburong pada 23 Mei 2026. Program ini merupakan salah satu aktiviti sampingan bersempena Brunei Darussalam Expedition And Conference on Sustaining Our Oceans: Innovation, Governance And Resilience For A Blue Future yang diadakan pada bulan Mei dan Jun 2026.

Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir ialah Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-Duta Besar, Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta Ketua-Ketua Jabatan dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan wakil dari pelbagai agensi kerajaan.

Program Pelepasan Benih Udang Galah ke dalam perairan Negara ini lazimnya dijalankan sebagai salah satu usaha berterusan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk memulihkan dan meningkatkan populasi udang galah dalam habitat semula jadi, yang pada masa ini terancam akibat penangkapan berlebihan dan faktor alam sekitar. Udang galah memainkan peranan penting dalam ekosistem air tawar, khususnya dalam mengekalkan keseimbangan rantaian makanan dan kestabilan biodiversiti sungai. Selain menjadi spesies bernilai tinggi, udang galah juga merupakan sumber makanan penting bagi komuniti setempat, khususnya di Daerah Temburong yang mempunyai hubungan rapat dengan sumber perikanan air tawar.

Program ini melibatkan aktiviti pelepasan semula (restocking) benih udang galah yang telah dihasilkan di Jabatan Perikanan ke dalam perairan Negara Brunei Darussalam yang dikenalpasti bersesuaian. Proses pelepasan benih dilaksanakan secara terancang dan saintifik, termasuk pemilihan lokasi yang sesuai, pemantauan kualiti air serta saiz benih yang optimum, bagi memastikan kadar kelangsungan hidup spesies tersebut berada pada tahap yang tinggi setelah pelepasan. Inisiatif ini dapat membantu memelihara keseimbangan ekosistem sungai serta memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemuliharaan sumber akuatik.

Jabatan ini mensasarkan pelepasan sebanyak 100,000 ekor benih udang galah setiap tahun melalui Program Pelepasan Benih Udang Galah. Sehubungan dengan ini, sebanyak 596,300 ekor benih udang galah telah berjaya dilepaskan ke kawasan perairan Daerah Temburong dan Tutong sejak tahun 2022. Program hari ini pula telah berjaya melepaskan sebanyak 200,000 ekor benih udang galah ke perairan Sungai Temburong.

Program ini dilakukan secara berterusan oleh pihak Jabatan agar populasi udang galah dapat dipulihkan dan seterusnya memberi manfaat kepada komuniti tempatan yang bergantung kepada hasil perikanan sebagai sumber pendapatan dan bekalan makanan. Sehubungan itu, Jabatan Perikanan dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Temasek Life Sciences Laboratory (TLL), Republik Singapura telah melaksanakan satu kajian dari tahun 2024 hingga 2025 bagi menilai kepelbagaian serta variasi genetik populasi udang galah di negara ini.

Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa populasi udang galah di perairan Negara Brunei Darussalam masih berada dalam keadaan sihat dari segi genetik. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa inisiatif pelepasan semula benih udang galah yang dilaksanakan adalah selaras dengan matlamat Jabatan dalam memastikan kelestarian sumber perikanan air tawar serta berjaya mengekalkan kepelbagaian genetik populasi udang galah dalam habitat semula jadi.

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Perikanan akan terus menyokong amalan lestari serta pemuliharaan sumber marin negara demi generasi akan datang melalui program seumpama ini yang turut mencerminkan komitmen berterusan dalam pemuliharaan sumber akuatik secara mampan.

4.5.2026_MAJLIS PELANCARAN EKSPEDISI BRUNEI DARUSSALAM
Title: 4.5.2026_MAJLIS PELANCARAN EKSPEDISI BRUNEI DARUSSALAM

Body:

​Majlis pelancaran bagi Ekspedisi Brunei Darussalam dengan tema Melestarikan Lautan Kita: Inovasi, Tadbir Urus dan Daya Tahan Lautan Demi Masa Depan Biru, bersempena dengan Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (MYCE) 2026 telah diadakan di Dewan Nur Huda, Jabatan Perikanan, Serasa, Muara. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir ialah Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-Duta Besar serta Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Selamat dan ucapan daripada Tetamu Kehormat diikuti dengan upacara pelepasan rasmi bagi Ekspedisi Brunei Darussalam bertemakan Melestarikan Lautan Kita: Inovasi, Tadbir Urus dan Daya Tahan Lautan Demi Masa Depan Biru. Ekspedisi ini bertujuan untuk menilai sumber marin, mengemaskini data asas serta memahami keadaan semasa ekosistem terumbu karang di kawasan perairan Pulau Pelong-Pelongan. Hasil dapatan daripada ekspedisi ini dijangka akan menyumbang kepada usaha pemuliharaan, memperkukuh pengurusan perikanan serta meningkatkan ketahanan habitat marin kritikal.

Ekspedisi yang akan berlangsung selama tiga hari, bermula dari 4 hingga 6 Mei 2026, akan memfokuskan kepada kajian menyeluruh terhadap kesihatan dan kelestarian ekosistem marin, khususnya terumbu karang di kawasan perairan Pulau Pelong-Pelongan. Ekspedisi ini menghimpunkan penyelidik antarabangsa dari Center for Ocean Plastic Studies Universiti Kyushu Jepun, Aerial Recon & Recovery (ARRI) dari United Kingdom dan Southeast Asian Fisheries Development Centre (SEAFDEC) dari Thailand bersama penyelidik dan pakar tempatan antaranya dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Poni Marine & Poni Foundation.

Semasa ucapan pelancaran tersebut, Yang Mulia Setiausaha Tetap Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menekankan kepentingan terumbu karang sebagai asas kepada biodiversiti marin, keselamatan makanan dan produktiviti sektor perikanan negara. Ekspedisi ini juga dilihat sebagai platform penting untuk menggalakkan kerjasama saintifik, pertukaran pengetahuan serta pembangunan kapasiti dalam bidang sains marin.

Seiring dengan komitmen negara terhadap pengurusan sumber marin secara mampan, Brunei Darussalam telah melaksanakan pelbagai langkah bagi melindungi biodiversiti marin, antaranya penubuhan Kawasan Perlindungan Marin (Marine Protected Area, MPA) merangkumi lebih 20 peratus kawasan pengurusan perikanan yang mengandungi habitat penting seperti terumbu karang, kawasan asuhan dan pembiakan. Selain itu, pelaksanaan moratorium ke atas pengeluaran lesen alat pukat tunda yang telah dilaksanakan sejak tahun 2001, termasuk pengharaman keatas penangkapan dan perdagangan ikan yu yang dikuatkuasakan sejak 2012. Langkah-langkah ini membantu mengekalkan populasi ikan, menyokong pemulihan stok perikanan serta meningkatkan daya tahan ekosistem marin terhadap perubahan persekitaran.

Ekspedisi yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Penyelidikan (IBER) Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) dan Poni Group Sdn. Bhd menyediakan platform bagi menyatukan pakar-pakar dan penyelidik tempatan serta antarabangsa untuk bertukar-tukar pengetahuan, berkongsi amalan terbaik, dan mengeratkan kerjasama dalam pengurusan ekosistem marin.

Hasil penemuan-penemuan saintifik daripada ekspedisi ini juga dijangka akan menyumbang kepada pengukuhan rangka kerja pemuliharaan biodiversiti Brunei Darussalam dalam mendokong pertumbuhan ekonomi biru ke arah pembangunan yang mampan. Hasil dapatan kajian-kajian melalui ekspedisi berkenaan akan dibentangkan semasa Persidangan ‘Melestarikan Lautan Kita: Inovasi, Tadbir Urus dan Daya Tahan Lautan Demi Masa Depan Biru’ yang dijadualkan akan berlangsung di Pusat Kesenian Pro Canselor, Universiti Brunei Darussalam pada 2 hingga 4 Jun 2026.