Program Retret dan Bengkel Pelan Strategik Jabatan Perikanan bertujuan untuk memberikan tumpuan kepada penilaian kedudukan semasa, pengenalpastian jurang dan peluang, serta penetapan petunjuk prestasi utama yang berdaya laksana, menyeluruh, dan berimpak tinggi.
Usaha ini juga bertujuan untuk memperkukuh penyelarasan, meningkatkan kefahaman bersama, serta memantapkan komitmen dan kerjasama padu daripada semua pihak. Hal ini bagi memastikan Pelan Strategik Jabatan Perikanan 2026–2030 dapat dijadikan panduan strategik utama dalam perancangan dan pembuatan keputusan yang berimpak tinggi.





