Home 5 Berita 5 TAKLIMAT COMMUNITY-BASED DISASTER RISK MANAGEMENT (CBDRM)

TAKLIMAT COMMUNITY-BASED DISASTER RISK MANAGEMENT (CBDRM)

Jul 18, 2026 | Berita

Jabatan Perikanan telah menerima kunjungan daripada Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) bagi menyampaikan Taklimat Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM) kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Perikanan.

Taklimat ini bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti serta memperkukuhkan kesiapsiagaan dan budaya keselamatan dalam menghadapi sebarang bencana. Ini adalah merupakan langkah proaktif kearah membina sebuah Negara Berdaya Tahan Bencana (Disaster Resilient Nation), sekaligus berfungsi sebagai pemangkin utama dalam merealisasikan dasar dan rangka kerja di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Jabatan Perikanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak NDMC atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat. Semoga kerjasama ini terus diperkukuhkan demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan berdaya tahan.

Check out these related post also…