Home 5 Berita 5 MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR BAGI KEMENTERIAN EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI DANJABATAN-JABATAN SERTA BAHAGIAN-BAHAGIAN DI BAWAHNYABERSEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ’ALAIHI WASALLAMTAHUN 1448H

MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR BAGI KEMENTERIAN EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI DANJABATAN-JABATAN SERTA BAHAGIAN-BAHAGIAN DI BAWAHNYABERSEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ’ALAIHI WASALLAMTAHUN 1448H

Aug 20, 2026 | Berita

Bandar Seri Begawan, Khamis, 20 Ogos 2026 – Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (KEPI) dan Jabatan-Jabatan serta Bahagian-Bahagian di bawahnya telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam bagi Tahun 1448H bertempat di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong. Majlis pada tahun ini telah dikendalikan oleh Jabatan Perikanan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Mohammad Harris bin Brigadier General (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap (Industri), Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi, Timbalan Setiausaha Tetap (Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan); Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri dan Jabatan-Jabatan serta Bahagian-Bahagian di bawahnya. Turut hadir juga Ahli Takmir Masjid serta penduduk Kampung Jerudong.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Majlis kemudiannya disusuli dengan Dikir Assalamu’alaika yang dipersembahkan oleh Kumpulan Dikir Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid. Setelah selesai Solat Fardhu Isyak berjemaah, majlis diteruskan lagi dengan persembahan Dikir Marhaban serta disudahi dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam sebagai penutup majlis

Majlis Dikir ni merupakan antara kegiatan keagamaan tahunan yang diadakan pada setiap bulan Rabiulawal yang diungkayahkan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri serta Jabatan-Jabatan dan Bahagian-Bahagian di bawahnya. Majlis ini juga bertujuan bagi mengeratkan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping bagi menyemai rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam serta memohon ganjaran teristimewa dan syafaat bagi orang-orang yang berselawat ke atas Baginda.

Disediakan oleh:
Jabatan Perikanan
Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam

Check out these related post also…