Jabatan Perikanan berbesar hati untuk menyertai Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 bagi Tahun 2026.
Sempena majlis tersebut, Jabatan Perikanan telah mengadakan pameran bagi menghebahkan pelbagai inisiatif dan perkhidmatan jabatan, antaranya Pengurusan Perikanan bagi Kemampanan Industri yang memfokuskan kepada pengurusan, pengawalan penangkapan dan pengimportan udang bekara dan ketam, Program Memperkaya Sumber Perikanan, serta Program Kaunter Pelesenan Bergerak Jabatan Perikanan.
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.





