Home 5 Berita 5 Latihan Occupational First Aid Course (OFAC)

Latihan Occupational First Aid Course (OFAC)

Sep 2, 2026 | Berita

Jabatan Perikanan telah mengadakan Latihan Occupational First Aid Course (OFAC) sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan kesiapsiagaan kakitangan Jabatan serta pengusaha perikanan dalam menghadapi situasi kecemasan di tempat kerja.

Pelaksanaan latihan ini diharap dapat meningkatkan keupayaan peserta untuk memberikan tindakan awal yang tepat dan berkesan, di samping memperkukuhkan aspek keselamatan dan kesiapsiagaan kecemasan sama ada di tempat kerja mahupun di luar tempat kerja.

Jabatan Perikanan akan terus komited dalam mendukung usaha peningkatan kompetensi, keselamatan dan kesejahteraan warga kerja serta pengusaha industri perikanan di Negara Brunei Darussalam.

 

Check out these related post also…