Home 5 Berita 5 Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan (HPPPN) Kali Ke-16, Tahun 2026

Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan (HPPPN) Kali Ke-16, Tahun 2026

Nov 2, 2026 | Berita

Hari Isnin, 21 Jamadilawal 1448H | 2 November 2026

Alhamdulillah, Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan (HPPPN) Kali Ke-16, Tahun 2026 telah diadakan pada hari Isnin, 2 November 2026M bersamaan 22 Jamadilawal 1448H bertempat di Masjid As-Salaam, Kampung Junjongan.

Majlis turut dihadiri oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Ekonomi dan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Negara Brunei Darussalam.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran, seterusnya Sembahyang Fardhu Asar berjemaah.

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan dan kesejahteraan dalam menyambut HPPPN Kali Ke-16, di samping menghargai sumbangan para peladang, petani, penternak dan nelayan dalam menyokong pembangunan serta keselamatan makanan negara.

Semoga segala usaha dan sumbangan dalam memajukan sektor pertanian dan perikanan negara akan sentiasa mendapat keberkatan dan keredaan Allah Subhanahu Wata’ala.